RSS

Mana peruntukan RM426.5 juta parlimen Pakatan?



KUALA LUMPUR, 8 Nov: PAS hari ini mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan kenapa dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada sidang media di parlimen hari ini mempersoal, ke mana sebenarnya wang itu disalurkan kerana semua ahli parlimen pakatan rakyat tidak diberikan wang tersebut.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.

“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu.

“Secara matematiknya, setiap satu kawasan Parimen BN, mereka mendapat peruntukan sebanyak RM3.025 juta.

“Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun kami merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat memberi jaminan setiap Parlimen akan menerima hak mereka jika gabungan itu diberi mandat sebagai kerajaan selepas pilihan raya akan datang.

Ini kerana setiap wang itu merupakan wang pembayar cukai dan mereka berhak mendapatnya melalui peruntukan kepada setiap ahli Parlimen yang mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya. / Harakah


.


0 Responses to "Mana peruntukan RM426.5 juta parlimen Pakatan?"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors