Mungkin ada di antara
kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang
ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui
akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu
berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18
tahun lalu!
Perbicaraan LIM GUAN ENG, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur
oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta
Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Sebaliknya, Tan
Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun.
Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa
meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi
kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.
Dalam
perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan
hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia
yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis
bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu
bersetuju dengan perlakuan atau tidak.
Murid perempuan
itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan.
Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid
itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta
pertolongan.
Pada 28 Februari
1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan
"perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada
17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan
Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat'
risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau
telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan
murid sekolah itu.
Dalam perbicaraan
pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua
tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman
yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan,
hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.
Disebabkan hukuman
ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim
berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana
gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta
perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.
Tidak akan
terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai
pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."
Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata:
"Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan...
Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti...
Sebagai seorang
wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu...
Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap
anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap
bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik,
seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"
Berikut disiarkan
semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti
Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang
terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby
Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:
Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik |
Saya tidak faham
mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan
sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun
kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan
Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di
depan tuan hakim.
Cucu saya, telah
membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb
Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua
Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.
Saya amat terkejut
dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya
telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa
cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli
keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama
yang melakukan hubungan sulit dengannya.
Oleh kerana cucu
terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir
bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak
dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan
BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang
merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.
Ini boleh dilihat
selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah
umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan.
Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak
perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya
telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim
Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat
cucu saya.
Saya amat kesal
dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk
cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998
dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim
Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai
hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.
Pada 27hb Februari
1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi
kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri
Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa
berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan
sulit dengannya.
Malah, cucu saya
telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur
pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan
seperti berikut:-
“Saya
merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan
merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah
dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu
saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh
tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.
Malam ini, saya
telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan
satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim
Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan
tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya
meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh
membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak
itu.”
Saya tidak faham
mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan
sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun
kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan
Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di
depan tuan hakim.
Saya berasa hampa,
malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya
berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan
kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga
bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan
Tan Sri Rahim.
Nyata sekali, ini
adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi
kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa
semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri
banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya
melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas,
kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.
Lim Guan Eng
ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik.
Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan
Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana
cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa
susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka
semasa dipenjara.
Oleh itu, saya
ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.
Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga
kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan
beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi
membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman
kerajaan BN.
Kami tidak akan
lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan
keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama
kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.
Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka