RSS

Penyokong MALAYSIA HILANG Sejak Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA



JAKARTA - Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Indonesia dan Malaysia masih memberikan berita di antara kedua penyokong. Jika Indonesia kehilangan nyawa penyokong yang meninggal dunia setelah dipijak di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Malaysia juga kehilangan seorang penyokong

Ahmad Firdaus bin Arham, penyokong Malaysia berusia 26 tahun, yang turut serta menyaksikan perlawanan akhir antara Indonesia bertemu Malaysia di Stadium GBK,. Namun sehingga dua hari selepas pertandingan tersebut selesai, Firdaus masih belum pulang ke Kuala Lumpur.


Berita kehilangan Firdaus diketahui setelah Pegawai Konselor Dan Imigrasi Kedutaan Malaysia, Zuraya Yusuf, menghubungi media dan mengkhabarkan ada seseorang yang menghantar dompet milik Firdaus ke Kedutaan Malaysia untuk Indonesia di Kuningan, Jakarta, pada Rabu (23/11/2011).


"Siang kelmarin polis yang bertugas di kantor memberitahu ada orang menyerahkan beg dan dompet milik warga Malaysia. Kami kemudian menghubungi kedutaan di Kuala Lumpur, dan Firdaus juga sedang dicari oleh keluarganya,"
kata Zuraya.

Berdasarkan keterangan keluarga Firdaus, Zuraya menjelaskan Firdaus datang ke Indonesia untuk menyaksikan perlawanan akhir Indonesia bertemu Malaysia. Ia menambah, hingga kini kedudukan Firdaus masih menjadi tanda tanya, kerana selepas dua hari pertandingan itu selesai, Firdaus belum pulang ke rumahnya.


Zuraya tidak memberi keterangan dengan siapa Firdaus datang ke Jakarta kerana komunikasi dengan keluarga Firdaus terputus ketika sedang meminta keterangan.
 

"Kami sudah berusaha berkali-kali menghubungi keluarganya, tapi nombor telefonnya juga tidak aktif," kata Zuraya.

Zuraya menambah dalam dompet milik Firdaus yang diserahkan ke keduataan Malaysia terdapat Kad Pengenalan (IC) milik Firdaus, Kad Kredit CIMB, Maybank, SIM dan wang enam Ringgit Malaysia.


Zuraya berharap bagi warga Jakarta yang menemui Firdaus agar segera menghubunginya di nombor telefon 08170841920 atau menghubungi Pengurus Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) yang masih ada di Jakarta, Shukri Harun (082178037932 atau +60123549305) dan Azrul Moh Nur (082178037931). 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors