RSS

Shahrizat untung RM600 ribu, RM800 ribu melancong luar negara



KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur  menerusi National Feedlot Corporation.

Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.

Namun, keuntungan RM600 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

“Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

“Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

“Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit,” kata Rafizi.

Malah lebih teruk, kata Rafizi, Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan wang rakyat yang disalurkan kepada National Feedlot Corporation.

Menurut Rafizi, kos itu bersamaan dengan RM511 bagi setiap ekor lembu yang disembelih oleh NFC pada tahun 2009.

Perkara itu kata Rafizi menyebabkan kos operasi NFC melonjak 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu disembelih dalam tahun 2009.

“Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat,” kata Rafizi/ KD


.


0 Responses to "Shahrizat untung RM600 ribu, RM800 ribu melancong luar negara"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors