RSS

MARAH - Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah & Pecah Amanah



MARAH adalah satu manifestasi daripada rasa ‘marah’ yang membuak-buak rakyat terhadap gejala penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan oleh sekelompok manusiayang sanggup mempergunakan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakah tanpa rasa bertanggungjawab dan bersalah.

MARAH adalah satu gerakan rakyat yang ‘marah dan benci’ terhadap segala amalan penyelewengan, rasuah dan aktiviti pecah amanah yang semakin membarah di semua peringkat.

MARAH adalah satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan, status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta diselindungi dari sebarang tindakan undang-undang.

MARAH adalah satu usaha dalam mengangkat maruah institusi penguatkuasaan dan undang-undang agar telus, profesional dan berintegriti dalam melaksanakan amanah tanpa mengira sesiapa agar sistem keadilan berada di atas landasan sebenarnya serta diyakini oleh rakyat .

MARAH adalah gerakan rakyat menolak amalan nepotisme dan kronisme serta mengangkat amanah rakyat dengan penuh rasa ketanggungjawaban serta mampu membendung segala ketirisan dan kebocoran .

MARAH adalah ‘mata dan telinga’ rakyat yang akan terus memantau, memerhati dan mendengar dengan menggunakan akal fikir dalam usaha menentang segala bentuk penyelewengan, rasuah dan pecah amanah terutama melibatkan wang rakyat .

MARAH adalah tuntutan rakyat yang mencintai agama , bangsa dan negara agar direformasikan secara total serta mampu menjana tatakelola pengurusan yang lebih telus, adil dan profesional .


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors