RSS

Nasharuddin Dan Hasan Ali, Kedua-duanya Talam Dua Muka




Seorang di antara mereka mahu mencipta sejarah menjadi insan yang menyatukan orang Melayu dan umat Islam dengan menggabungkan PAS dan UMNO. Nasharudin Mat Isa juga cukup bodoh dengan mempercayai pembohongan mereka yang memberitahunya bahawa dia akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seorang lagi mempunyai cita-cita yang tidak begitu tinggi, dia hanya mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Dan apabila dia gagal untuk mendapatkan apa yang dia mahu, Hasan Ali bersikap tidak ubah seperti seorang yang ingin mensabotaj Pakatan Rakyat dan partinya.

Pada masa ini Ahli Parlimen PAS Bachok, Nasharudin berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS 2005-2011, dan merapatkan dirinya dengan Hadi Awang, Presiden PAS. Jelas sekali, ini adalah untuk memastikan kenaikan mendadak beliau dan untuk sementara waktu, mereka yang curigakannya agak berputus asa memikirkan keinginan beliau untuk bergabung dengan UMNO sehinggalah Nik Aziz Nik Mat menolak idea itu. Pada kongres tahunan PAS 2011, Nasharudin ditewaskan oleh Mat Sabu yang rendah diri -tanda yang jelas bahawa perwakilan PAS tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan UMNO.

Hasan Ali, seorang lagi tali barut UMNO, menyertai PAS selepas meninggalkan perkhidmatan awam dan seterusnya menjadi naib presiden pada tahun 2001. Beliau sangat kritikal terhadap UMNO sebelum ini dan telah dibenci oleh ahli-ahli politik UMNO yang menuduhnya 'tidak bersyukur' kerana pada zaman MB UMNO Muhammad Muhammad Taib, Hasan telah berpeluang untuk naik dan menjadi seseorang penting. Namun, Hasan yang sangat kufur hanya boleh menikam UMNO dari belakang. Ironinya, PAS juga berkongsi sentimen yang sama hari ini memberi gambaran bahawa wujud kualiti ular dalam diri Hasan Ali.

Bagaimana mereka menimbulkan begitu banyak kemurkaan ?

Sebagai No 2, Nasharudin menikmati kepercayaan dari Hadi, bosnya. Beliau juga merasakan bahawa beliau mempunyai mandat untuk memimpin PAS ke mana sahaja dia kehendaki. Dia menyangka bahawa dia boleh menjadi hero untuk orang Melayu dan umat Islam dengan membentuk satu pakatan di antara UMNO dan PAS.

Telah dilaporkan secara meluas dalam media Malaysia bahawa Nasharudin adalah salah seorang daripada orang penting yang merundingkan perjanjian dengan UMNO pada tahun 2008. Banyak juga persoalan mengenai peranan Hadi dalam rundingan dengan UMNO, walaupun Hadi menghargai kelebihan mengikat PAS dengan 3-juta ahli UMNO lantas bakal memberikan asas yang kukuh, dia tidak dapat mengatasi kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti Nik Aziz, Hadi tidak akan dapat melupakan cara UMNO mengkhianati PAS semasa penggabungan singkat mereka di tahun 70-an. UMNO telah mencuri ahli parti PAS yang berbakat dan kemudian membuang yang lemah seperti 'mayat' yang telah dikerjakan serigala politik.

Inilah sebabnya, Hadi tidak pernah memarahi Nasharudin di khalayak ramai, dia tidak membela Nasharudin juga dan ini telah membawa kepada kekalahan Nasharudin di kongres tahunan,dengan ahli yang 'sederhana' mengalahkan ahli konservatif dalam PAS. Nasharudin, yang juga merupakan bekas ahli akademik tewas kepada Mat Sabu, manakala Hasan Ali telah digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagi pemerhati politik, apa yang berlaku adalah lebih daripada hanya satu puak mengalahkan puak yang lain, ia adalah sebagai tanda PAS telah menjadi sebuah parti politik kebangsaan. Dan Hadi sedar hakikat ini. PAS telah berkembang menjadi sebuah parti Islam yang lebih pragmatik dengan ramai profesional, di samping ulama yang membentuk batu asas parti.

Kebanyakkan ulama sebenarnya berpendirian sederhana. Nasharudin sendiri juga tidaklah begitu kontroversi dalam tuntutan beliau. Beliau hanya mahu menggabungkan PAS dan UMNO. Sama ada beliau kurang yakin terhadap PAS untuk berkembang dengan sendiri atau beliau memang sangat menginginkan jawatan TPM sedang menjadi pendebatan utama dalam PAS.

Hipokrit besar

Hassan Ali merupakan hipokrit besar. Dengan bersumpah bahawa hati beliau tetap dengan PAS, beliau nampak gayanya telahpun beralih arah. Hassan Ali sebenarnya seorang yang merbahaya seperti Ibrahim Ali, Perkasa. Beliau menggunakan isu agama untuk membakar api ketidakpuashati dalam ahli PAS dan juga orang Melayu. Nasharudin juga telah memulakan taktik ini dengan mendakwa PAS sebagai pelik dalam idealogi Islamnya.

Apabila runding dengan UMNO berlaku pada 2008, Hasan dikatakan sangat sedih kerana jawatan MB Selangor telah terlepas daripada beliau dan beliau membuat keputusan bahawa tiada siapa dari Pakatan layak mendapatkannya juga. Sama ada telah menjadi tidak keruan disebabkan terlepas peluang jawatan itu, beliau telah dituduh sebagai cuba untuk mensabotaj dan melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh MB PKR, Khalid Ibrahim.

Hasan Ali telah beberapa kali mengkritik kerajaan Pakatan secara terbuka dan juga mencetuskan pelbagai isu yang membabitkan JAIS yang dikuasai UMNO seperti serbuan terhadap gereja DUMC. Memegang portfolio sebagai ketua hal ehawal agama Islam di Selangor, Hassan sepatutnya menjalankan ‘serbuan’ itu dengan lebih professional dan beradab tetapi, ia lebih kepada memalukan dan mencalar kehormatan penganut Kristian. Beliau telah memilih untuk memperbesarkan isu itu dan dalam pada itu telah merosakkan imej Pakatan tetapi cuba menonjolkan diri beliau sebagai penyelamat orang Islam justeru menggembirakan UMNO.

Hassan pernah menjadi moderator untuk rancangan popular Ceramah Perdana di RTM1 dan juga mempunyai syarikat konsultansi yang menguruskan latihan motivasi, ‘summer camp’, penerbitan buku dan kaset. Beliau dipilih sebagai ahli komiti PAS pada tahun 2009 dan juga merupakan pemimpin parti itu di Selangor pada pertengahan tahun ini.

Pada pilihanraya 2008, Hasan telah menang di Gombak Setia, kerusi DUN Selangor. PAS kemudiannya membentuk kerajaan pakatan dengan PKR dan DAP dan Hasan telah dilantik sebagai Kaunselor eksekutif yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam, kebudayaan Melayu, infrastruktur dan juga portfolio kemudahan awam

Beliau telah diganti dengan Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Negeri PAS sementara itu, musuh beliau Khalid Samad telah dilantik sebagai timbalan Pesuruhjaya dan sudah tentunya ia perit untuk ditelan Hasan. Tetapi, keputusan ini telah dibuat oleh delegasi dan komiti PAS yang tidak bersetuju langsung dengan apa-apa usaha penggabungan PAS –UMNO.

Malangnya untuk Nasharudin, Hasan enggan menerima hakikat ini. Kedua-dua lelaki ini sekarang cuba untuk terjun kepada UMNO. Sudah semestinya mereka berharap untuk membawa sebanyak mungkin ahli PAS bersama mereka.

Pukulan terakhir dan perkara yang betul untuk dilakukan

Selepas cuba menutup perkara ini dan berdiam diri, Hadi dan pasukan beliau tidak ada pilihan lain selain daripada berhadapan dengan realiti. Jelas bahawa Nasharudin yang telah ditemuramah Berita Harian, akhbar yan dikawal UMNO dan Hasan juga melakukan perkara yang sama tetapi dengan Utusan tidak akan meninggalkan parti tanpa melakukan kekacauan yang besar. Seperti juga Zul Noordin dan Zahrain Hashim.

Pemimpin PAS sekarang sudah mengumumkan pengeluaran Nasharudin dan Hasan secara terbuka dan ini mungkin sepatutnya dilakukan lebih awal. Seperti yang dikatakan oleh ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, “tiada seorangpun yang tidak dapat diganti”. Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali juga telahpun membidas mereka walaupun tidaklah sampai meminta mereka berundur.

Kelihatan seperti PAS akhirnya telah melakukan perkara yang betul dengan menyingkirkan tali barut UMNO seperti Hasan dan Nasharudin. Sekiranya mereka kekal, mereka akan menjadi seperti bomb masa dan PAS akan dikhianati dari dalam.

Kini, PAS sudahpun mencipta nama dan mendapat sokongan diperingkat nasional, sesuatu yang mereka tidak ada sebelum pilihanraya 2008. PAS pada ketika itu hanya dikenali oleh orang Melayu tetapi sekarang, ia mempunyai pengikut tersendiri dalam politik Melayu dan Islam. Ia dilihat sebagai sebuah parti yang kolot tetapi bukan ekstrimis. UMNO pula dilabel sebagai parti yang bersifat perkauman disebabkan orang-orang seperti Mahathir Mohamad dan Perkasa. Kenyataan berunsur perkauman dari pemimpin tertingginya iaitu Najib juga telah merosakkan imej UMNO.

Perjalanan ke arah kealpaan

Kedua-dua Hasan dan Nasharudin telah dilihat oleh orang bukan Melayu dengan penuh syak wasangka begitu juga dengan ahli-ahli Pakatan. Mereka tetap akan meninggalkan parti kerana digoda oleh UMNO dan juga mereka akan menyesali tindakan drastic mereka. Bukan hanya mereka akan dibenci oleh mereka yang berada di luar UMNO tetapi juga dalaman UMNO yang cemburu akan mereka.

Kebanyakkan pemerhati politik membuat perkiraan bahawa kedua-dua lelaki ini harus dibiarkan seperti bekas timbalan Presiden PAS Nakhaie Ahmad yang telah masuk UMNO selepas dijanjikan jawatan tinggi tetapi malangnya telah dilantik sebagai ketua beberap organisasi keagamaan dan dibiarkan jauh daripada politik.

Hasan dan Nasharudin sepatutnya menilai kekurangan mereka dan tidak berfikir bahawa mereka adalah lebih daripada yang mereka fikirkan. Kedua-duanya hanyalah ahli politik sederhana dengan pelbagai kesilapan. Mereka tidak berpandangan jauh dan bodoh.

Untuk PAS, mereka haruslah berdiri teguh. Tiada gabungan dengan UMNO maksudnya tiada gabungan dengan UMNO. Ia lebih baik dengan ketiadaan penikam dari belakang seperi Hasan dan Nasharudin. Juga, mereka tidak harus dimaafkan lagi. PAS harus menerima hakikat bahawa kedua-duanya telah sampai ke kemuncak peperangan mereka dan tiada ruang dalam PAS untuk pengkhianat. /MC


.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors