RSS

TAHNIAH! Lisa Surihani Terima Anugerah, mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ahli Puteri umno.



KUALA LUMPUR: Pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan tersebut di Pusat 

Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu. Lisa Surihani yang merupakan Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 semasa ditemui berkata, beliau berbesar hati dan bersyukur dengan anugerah tersebut.

"Saya terkejut apabila menerima surat yang memaklumkan mengenai anugerah ini. Saya nampak ia sebagai sesuatu yang positif bahawa seseorang boleh melanjutkan pelajaran dan menceburkan diri di dalam bidang seni," katanya yang merupakan graduan jurusan undang-undang.

Lisa juga mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ahli Puteri Umno.

"Tetapi berada di perhimpunan seperti ini telah menyuntik semangat saya," katanya sambil menambah adalah terlalu awal untuk beliau mengatakan dirinya telah bersedia untuk menyertai politik. / MStar


http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/11/30/mstar_berita/20111130152955&sec=mstar_berita

Tahniah Lisa kerana mengambil langkah bijak dengan tidak menyertai umno. Orang nak bagi hadiah kita ambil. Dah nampak pun niat tersirat puteri umno ni yang sengaja untuk menarik perhatian. Tampa umno pun kau dah tetap popular.

Inilah kebanggan umno, artis-artis disanjung dan diberi pelbagai pengiktirafan manakala ulama yg jujur seperti Allahyarham Ustaz Ishak Baharom bekas mufti negeri Selangor yang membantah program maksiat seperti pertandingan ratu cantik dipecat daripada jawatan mufti dan digam daripada berceramah di media arus perdana ketika itu.

Terkilan pada hari kematian arwah Ustaz Ishak baharom sama tarikh dengan kematian arwah Loloq. Malangnya kematian ulama yang disegani tidak keluar di media massa ketika itu, manakala kematian Loloq diulang 24 jam sehari sehingga berbulan bulan kemudian, sampai begitu hina sekali pandangan umno terhadap ulama pewaris Nabi.


.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors