RSS

Demo PERKASA bantah 901 tak dapat sambutan...!!!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, meluahkan rasa kesal berikutan ramai masyarakat Melayu dan HAMPIR 85% pelajar ( Mahasiswa ) terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu untuk menganjurkan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang Isnin ini.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Solat Hajat bagi memohon supaya keamanan terus kekal dinikmati masyarakat di negara ini dan bebas dari sebarang bentuk kekacauan.

Kira-kira 3,000 jemaah menyertai majlis solat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mohammad Hashim sebaik selesai mengerjakan Solat Jumaat.

Bagaimanapun, program dirancang sepatutnya disusuli dengan satu demonstrasi aman di pintu masuk utama masjid berkenaan gagal diadakan berikutan kurang mendapat sambutan.

Abdul Rahim berkata, selain PERKASA majlis turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya, Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka, Perguruan Gerak Insan Seni Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Sejati Melaka.

Note :

Saksi Sahih dari Members Group " Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO " di Perkarangan Masjid Negeri Melaka..

Amat MALANG bagi PERKASA, segala rayuan mereka di perkarangan Masjid Negeri Melaka kepada jemaah supaya bersama2 berhimpun dengan satu suara dan satu nada bagi menzahirkan tentangan terhadap " Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar " tidak diendahkan orang ramai..

Ada yang mengambil risalah yang diedarkan oleh Ahli Perkasa dan mencampaknya di dalam tong2 sampah sekitar Masjid..

Ahli-Ahli Perkasa terkejar-kejar ke sana ke mari sambil menarik tangan org ramai utk berhimpun.. gelegat mereka ini ditertawakan oleh org ramai...

Rata2 jemaah yg hadir mengatakan bahawa mereka tidak menunaikan Solat Hajat.. cuma mereka melakukan solat sunat sahaja...
 ~ Umngok Apco
 
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors