RSS

Hari Terakhir Saiful Untuk Elak Tuduhan Qazaf, Saiful Merayu Pada Peguam Negara



KUALA LUMPUR - Pengadu dan saksi utama kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam meminta beliau memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lalu.

Saiful berkata, surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.


Katanya, beliau terpaksa menghantar surat rasmi memandangkan pihaknya belum mendapat maklum balas daripada Abdul Gani berkenaan notis rayuan tersebut.


"Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.


"Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.

"Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara," kata Saiful dalam entri terbaru blognya.


Dalam entri ditulis semalam, Saiful seterusnya berkata: "Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini."


Katanya, jika beliau berhak memfailkan rayuan itu sendiri, beliau akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.


Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata, beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.


Peguam Negara mempunyai masa sehingga hari ini untuk memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu. 
/S H


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors