RSS

Kenyataan Media Jingga 13 Berkenaan Insiden Letupan Bom Di Mahkamah Jalan Duta‏



Jingga 13 menyelar dan mengecam insiden keganasan yang melanda sekitar
Mahkamah Persekutuan Jalan Duta pada 9 Januari 2012, berkaitan tiga
letupan bom yang mencederakan beberapa orang awam yang berpusu-pusu
hadir untuk mendengar keputusan perbicaraan pertuduhan liwat terhadap
Dato Seri Anwar Ibrahim.
 
Letupan bom jangka itu pertamanya berlaku sekitar jam 11.00 pagi
sewaktu orang ramai mula menderu keluar meninggalkan perkarangan
mahkamah. Bom yang diletakkan dalam kon Polis Diraja Malaysia itu
telah menyebabkan kerosakkan teruk terhadap beberapa buah kereta yang
diparkir berhampiran. Letupan kedua dan ketiga berlaku selang lima
belas minit dan mencederakan Zuhairi Mansor yang kini dirawat di
Hospital Kuala Lumpur.
 
Jingga 13 mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang disifatkan terburuk
dalam sejarah negara Malaysia apatah lagi keadaan pada waktu itu
dipenuhi dengan ratusan anggota polis beruniform dan  juga yang
berpakaian preman. Persoalan asas adalah siapa yang bertanggungjawab
terhadap insiden keganasan yang berlaku itu dan apakah motifnya?
 
Letupan itu berlaku hampir setengah jam selepas rakyat merayakan
keputusan membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan
liwat yang dikemukan kepadanya. Amatlah meragukan dan mustahil apabila
kumpulan besar rakyat yang menyokong dan merayakan kemenangan itu,
bertindak negatif dengan meletupkan bom jangka yang hampir-hampir
meragut nyawa orang awam serta berlaku dalam jangka waktu yang seperti
dirancang iaitu bertepatan dengan waktu orang awam keluar dari
perkarangan mahkamah. Justeru Jingga 13 yakin perbuatan itu mempunyai
dalang dan motif-motif tertentu untuk mewujudkan kekacauan.
 
Adakah insiden ini mahu dijadikan sebagai alasan untuk menyokong
perlaksanaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dan juga
sekaligus membina impak negatif terhadap imej pembangkang menjelang
Pilihanraya Umum ke 13? Pakatan Rakyat diketahui dengan kemampuan
untuk mobilisasi pergerakkan rakyat membantah akta-akta dan perlakuan
zalim kerajaan semenjak sekian lama dan apakah ini bertujuan mengekang
kebangkitan rakyat ke jalanraya yang nyata semakin mendapat tempat
dalam sebarang bantahan umum?
 
Walaupun reaksi Polis Diraja Malaysia amat pantas dengan bertindak
menutup lokasi kejadian, Jingga 13 mendesak satu tindakan lebih
proaktif dan cekap bagi mengesan dalang dan motif kejadian. Perkara
ini tidak boleh dipandang remeh tetapi segera harus menjadi keutamaan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan
Kementerian Dalam Negeri serta PDRM bagi membina semula keyakinan
rakyat dan keselamatan negara. Keganasan bukanlah budaya rakyat kita
dan wajar dihapuskan segera.
 
Jingga 13 meyakini kejadian letupan ini mempunyai signifikasi sebelum
dan selepas kejadian. Pembinaan persepsi politik dan keselamatan
menjadi masa depan hayat pemerintah sejak dulu di mana-mana negara
sekalipun. Tetapi, tindakan memperjudikan nyawa rakyat telah sampai
kepada keadaan di luar batasan. Letupan itu kali ini hanya
mencederakan, namun tidak mustahil boleh membunuh nyawa rakyat yang
tidak berdosa dan lenih teruk bakal menjerumuskan kita ke kancah
kecelakaan yang lebih dahsyat.
 
Jingga 13 menolak keganasan dan sebarang tindakan yang brtujuan
melonjak ke arah menjejas keamanan. Jingga 13 meminta agar pihak Polis
Diraja Malaysia menyiasat insiden tersebut yang dianggap sudah
melampau demi keselamatan rakyat agar mereka yang melakukan tindakan
jenayah tersebut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi dengan hukuman
yang seberat-beratnya.
 
 
 
. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors