Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
kelmarin menuntut pentadbiran Najib menjelaskan konsesi selama 60 tahun
berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya.
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri. Syarikat
berkenaan juga mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah
RM2.24 bilion, bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang
316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan
geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan
kepentingan awam. .
- Lim juga menuntut kerajaan memberi penjelasan, mengapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuhraya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan.
- Lim turut mempersoalkan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah “dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km.”
- “Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini bermakna bahawa beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi saya hingga ke cucu-cicit saya,”
- “Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan maha-Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia.”

Kos
pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010,
pengendali tol itu sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan
sebanyak RM18.3 bilion.
- “Kenapa pengendali PLUS dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?”
- “Cukup-cukuplah! Kerana itulah PR menekankan pemansuhan tol NSE,” katanya.
- “Adakah konsesi lebuhraya RM7.07 kepada Europlus ini permulaan lagi satu skandal? Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal PLUS,” tegas Lim.

Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk?
“Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah,” katanya lagi. / TMI
.
bhenchod123 26p · 224 weeks ago
bhenchod123 26p · 224 weeks ago
hatta mountain tour · 213 weeks ago
Visitors can have a wide range of options to choose from when it comes to living in Hatta. The options can vary from lodge resorts hotels trailers fully equipped caravans farmhouses and much more hatta mountain tour.
https://desertsafaritours.net/hatta-tour
https://hattadubaitour.com/