![]() |
No. 63, Jalan U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia. |
JINGGA 13 telah mendedahkan bahawa wujud hubungan perdagangan erat antara Kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan Isreal sepertimana dokumen dan rakan video serta gambar kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM INTEGRATED SHIPPING LTD yang berpengkalan di Haifa , Isreal pada 20 Februari 2012.
Satu Perhimpunan
Aman Membantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia telah diadakan.d
hadapan pintu masuk Westports , Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012
lalu , ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated
Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .
Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Idustri juga
turut mengesahkan akan kewujudan dan kehadiran kapal-kapal milik Isreal
tersebut yang dimiliki oleh Israel Coporation adalah membuktikan bahawa
wujud hubungan dagang antara Malaysia dan Isreal .
Kehadiran
serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Kerajaan
UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak
mempunyai hubungan diplomatik . Sikap dan tindakan tersebut adalah
hipokrit kerajaan UMNO / BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin
, Kerajaan UMNO/BN yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin
tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh
Israel.
Tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut
turut membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta
turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh
umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel.
HUBUNNGAN DAGANG ADALAH BUKTI PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UMNO /BN TERHADAP
ISREAL.
Justeru sempena kemasukan kapal ZIM ALAMABA pada 29
Februari 2012, JINGGA 13 akan menghantar memorandum dan bukti hubungan
dagang Malaysia-Isreal kepada Embassy of the state of Palestine sebagai
tanda membantah tindakan Kerajaan UMNO/BN yang membenarkan
kapal-kapal Isreal ke negara Malaysia sebagai soladiriti kemanusiaan
terhadap rakyat Palestin.
Memorandum tersebut akan turut
disertakan segala dokumen , rakaman video dan gambar sebagai bukti
bahawa wujud segala pengkhianatan oleh Kerajaan UMNO/BN yang telah
mengkhianati rakyat Palestin melalui hubungan dagang antara Malaysia
-Isreal.
JINGGA 13 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia
agar dapat bersama -sama pada 2 Mac 2012 , selepas solat Jumaat
beramai-ramai ke kedutaan Palestin bagi menghantar memorandum tersebut .
JINGGA 13 menjemput semua NGO dan parti2 politik menyampaikan
memorandum kepada Embasy of the state Palestin terhadap bantahan
hubungan dagang dan kemasukan kapal-kapal Isreal ke pelabuhan-pelabuhan
di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.
JINGGA 13 memohon
maaf terhadap perubahan tarikh yang sepatutnya diadakan pada 29 Februari
2012 sempena kehadiran kapal ZIM ALABAMA di Westports , Pelabuhan Klang
yang datang terus dari Haifa , Isreal ke Pelabuhan Klang sepertimana
makluman wewaktu perhimpunan aman membantah kemasukan kapal Israel pada
22 Februari 2012 ditunda kepada 2 Mac 2012 selepas solat Jumaat , jam
2.30 ptg di Embassy of the State of Palestine , 63, Jalan U Thant, 55000
Kuala Lumpur.
Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA
ketua Koordinator JINGGA 13
.


bhenchod123 26p · 224 weeks ago
bhenchod123 26p · 223 weeks ago
hatta mountain tour · 213 weeks ago
Visitors can have a wide range of options to choose from when it comes to living in Hatta. The options can vary from lodge resorts hotels trailers fully equipped caravans farmhouses and much more hatta mountain tour.
https://desertsafaritours.net/hatta-tour
https://hattadubaitour.com/