Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera
23 Februari 2012
HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL TANPA INTERAKSI DAN DIPLOMATIK : JINGGA 13 SANGGAH KENYATAAN MUKHRIZ YANG HIPOKRIT
JINGGA 13 menyangkal kenyataan oleh YB Mukriz Mahathir yang menafikan
akan kewujudan hubungan diplomatik yang bermaksud tiada interaksi antara
kerajaan Malaysia dengan Isreal. Secara dasarnya memang tidak wujud
hubungan diplomatik antara Malaysia-Isreal tetapi hakikatnya ialah
adalah hipokrit. Bagaimana urus niaga dan dagangan yang cukup besar
melalui syarikat perkapalan milik Isreal begitu sewenang menjalankan
eksport dan import tanpa sebarang interaksi daripada dua buah negara.
Isu rakyat Isreal yang memegang pasport Isreal tidak dibenarkan
menjejakkan kaki ke dalam negara adalah bukan isu utama. Isunya ialah
wujud hubungan dagang antara Malaysia - Isreal. Kenyataan beliau cukup
dangkal dan melucukan sebagai Timbalan Menteri . Seolah-olah beliau
dilantik kejawatan tersebut bagi meneruskan legasi hubungan yang telah
dibuat antara bapa beliau Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Isreal.
Kenyataan YB Mukriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan industri ternyata bertujuan membohongi rakyat Malaysia
bahawa hubungan erat perdagangan dan perniagaan dengan negara Isreal
adalah bukti pengiktirafan terhadap negara haram Isreal malah kerajaan
UMNO/BN mempunyai hubungan 'diplomatik' yang sudah sekian lama tanpa
sebarang halangan .
JINGGA 13 MENCABAR Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut membuktikan akan polisi
kerajaan yang membenarkan kapal daripada Isreal yang beribu pejabat di
Haifa , Isreal berdagang dan berurusniaga sama ada dengan firma swasta
atau sesiapa pun di Malaysia , sedangkan tidak wujud hubungan diplomatik
dengan Israel. Kuasa menentukan kehadiran kapal-kapal serta urusan
perdagangan dan perniagaan dengan Israel tersebut adalah di bawah
Kerajaan Umno/BN . Kerajaan UMNO/BN adalah menentu sama ada membenar
atau tidak membenarkan kapal-kapal tersebut ke semua pelabuhan di
Pelabuhan Klang termasuk di Sabah dan Sarawak.
Kenyataan YB
Mukhriz Mahathir adalah tidak berasas dan bertentangan dengan kenyataan
oleh pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang mengakui kehadiran
kapal-kapal daripada Israel hanya untuk singgah sahaja. Satu kenyataan
yang melucukan kerana JINGGA 13 mempunyai dokumen yang disahkan oleh
pihak Kastam DiRaja Malaysia di mana wujud aktiviti mengeksport kayu
balak menggunakan kapal-kapal Isreal pada 16 Februari dan menyaksi
bagaimana kontena -kontena ZIM turun dan dinaikkan ke kapal-kapal milik
Zim Integrated Shipping Ltd. Malah lebih menyedihkan ianya berlayar
terus daripada Haifa , Israel ke Pelabuhan Klang.
JINGGA 13
mempersoalkan kenapa begitu banyak kontena-kontena milik ZIM Integrated
Shipping Ltd di sekitar Westports, Pelabuhan Klang jika hanya kapal
tersebut datang untuk singgah. Terbukti wujud perdagangan dan urusniaga
yang sudah cukup lama antara Malaysia -Israel.
JINGGA 13
MEMPERSOALKAN tindakan kerajaan UMNO/BN yang bersikap hipokrit , adakah
kapal-kapal Malaysia boleh berdagang di Israel? Sedangkan kapal-kapal
misi kemanusiaan ke Palestin yang melibatkan rakyat Malaysia dibedil dan
ditawan oleh tentera Israel tetapi Malaysia membenarkan hubungan
dagangan dengan Isreal. Satu perkara yang cukup pelik.
YB
Mukhriz Mahathir adalah merupakan Penyelaras Aman Malaysia yang pernah
mengetuai Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia adakah turut
bersifat hipokrit untuk kepentingan politik , sedangkan dalam masa yang
sama membantu Israel meningkatkan ekonomi dengan mengizinkan kapal-kapal
Israel berdagang dan berniaga di Malaysia.
Bukankah
perdagangan dan urus niaga tersebut membantu meningkatkan ekonomi negara
Isreal yang mana syarikat perkapalan tersebut beribu pejabat di Haifa ,
Isreal . Bukankah aktiviti tersebut menjadikan Malaysia turut sebagai
penyumbang 'peluru dan senjata' untuk tentera Isreal membunuh umat
Palestin .
Sikap HIPOKRIT kerajaan UMNO/BN Malaysia ternyata
bertujuan untuk membohongi rakyat Malaysia yang membenci keganasan dan
kezaliman Isreal yang membunuh tanpa perikemanusiaan terhadap umat
Palestin. Pengikhtirafan Kerajaan UMNO/BN terhadap negara Isreal
sangat-sangat melampau dan keterlaluan.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
.
Catatan Popular Minggu Ini