RSS

Isu Penjualan Tanah Bayan Lepas: Guan Eng Cabar Pengerusi umno Pulau Pinang



Kempen fitnah oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang Zainal Abidin Osman dan ahli parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan telah disangkal oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan resminya di sini.

Fitnah Umno yang mengatakan bahawa harga penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 kepada pemaju swasta dengan harga RM240 kaki persegi atau harga penjualan keseluruhan berjumlah RM1.07bilion, adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi dan dijual tanpa tender terbuka.

Malah kedua pemimpin Umno tersebut mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Menurut LGE, apa yang tidak didedahkan ialah harga yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dimana penilaian yang disediakan oleh Jabatan Penilaian sebelum itu adalah RM65 kaki persegi.

LGE menjelaskan, apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebus guna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010, satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan.

Menurutnya lagi, harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi.

Keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang diterima apabila tender ditutup pada 31 Disember 2010, yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion.

Dakwaan Umno bahawa harga pasaran adalah RM420 kaki persegi adalah satu pembohongan yang sangat jelas.

Lim Guan Eng mencabar Umno supaya membeli 102.3 ekar tanah tersebut dengan harga RM420 jika itu adalah harga pasaran yang dituntut oleh UMNO.

Tender terbuka tanah Bayan Mutiara telah diiklankan di dalam akhbar pada tahun 2010. Ini menafikan dakyah Umno yang mendakwa ianya dibuat tanpa tender terbuka.

LGE turut menyatakan telah mendapat surat sokongan daripada salah seorang arkitek terkemuka di Malaysia, Raja Dato Kamarul Bahrin Ahmad Shah semalam, menyokong dan bersetuju dengan keputusan Pulau Pinang melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding kerana mereka mempunyai trek rekod yang terbaik dalam pembinaan rumah mampu milik Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik.

RM500 juta yang diperolehi daripada keuntungan penjualan tanah Bayan Mutiara digunakan untuk perumahan mampu milik di tanah besar dan pulau. Projek pertama di Batu Kawan yang terdiri daripada 12,000 unit di atas tanah 200 ekar yang akan dibina dalam tempoh 10 tahun.

LGE sanggup meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri jika Umno mampu membuktikan penjualan tersebut dibuat tanpa tender terbuka.

Beliau mencabar Zainal Abidin Osman dan Abdul Rahman Dahlan berundur dari arena politik sekiranya mereka gagal membuktikan dakwaan mereka tersebut. /
Alhusseyn
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors