RSS

Kenyataan Media JINGGA 13: SHARIZAT HERET WANITA UMNO‏



JINGGA 13 tertarik dengan kenyataan yg dibuat oleh Datuk Seri Sharizat Jalil, 
Ketua Wanita UMNO yang dilihat cuba mengheret Wanita UMNO dalam isu 
Skandal NFC yang melibatkan RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan serta 
mengalih isu kepada kononnya serangan yang bertujuan menjatuhkan dirinya 
dan Wanita UMNO. 
 
Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil seolah-olah mengheret Wanita UMNO 
bersama dalam polemik yang melibatkan ahli keluarga beliau dengan Skandal 
NFC tersebut . Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng
 untuk kegunaan Wanita UMNO apabila beliau cuba mengheret Wanita UMNO 
sama ? JINGGA 13 mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil yang baru pulang 
daripada mengerjakan umrah untuk membuat penafian bahawa tidak ada 
satu sen pun dana NFC disalurkan untuk Wanita UMNO. 
 
Andai dana NFC telah diseleweng untuk kegunaan Wanita UMNO ini bermakna 
UMNO juga turut terlibat dalam isu Skandal NFC tersebut. Bagaimana wang 
yang seharusnya digunakan bagi tujuan kepentingan rakyat dalam menjayakan 
Projek Fidlot Kebangsaan diseleweng dan pecah amanah jenayah berlaku bagi 
tujuan kepentingan UMNO? Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan 
perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar , lebih-lebih lagi beliau 
dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah . 
 
JINGGA 13 juga mendesak pihak polis dan SPRM agar segera mengambil 
tindakan terhadap terhadap Skandal NFC dengan telus dan profesional . 
Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalik juga wajar diambil kira seolah-olah 
bertindak mempertahankan penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh 
ahli keluarga beliau termasuk tindakan merasuah pihak polis oleh Pengerusi 
Eksekutif NFC yang juga suami Datuk Seri Shahrizat Jalil , Datuk Seri Dr. 
Mohahamad Salleh Ismail melalui orang tengah Datuk Samsulbahrain yang 
masih belum ada sebarang tindakan yang sewajarnya . 
 
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
 
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
 
6 Februari 2012




.
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors