RSS

Nafsu Politik Anwar Macam Pol Pot, Kata Peminat GADIS Bawah UMUR!!!



PETALING JAYA, 23 FEB: Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau tetap yakin pelaku dalam video seks yang didedahkannya tahun lalu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dan tidak menolak kemungkinan  sebuah lagi video akan muncul.

"Tak tahulah,  nanti polis tangkap saya, kata saya konspirasi.  Tapi dengar-dengar ada. Tak tahu lagi,” kata beliau ketika ditanya pemberita desas-desus satu lagi video akan didedahkan. 

Bekas Ketua Menteri Melaka itu membandingkan Anwar dengan  Perdana Menteri Kemboja Pol Pot yang dikaitkan dengan sejarah hitam negara itu pada tahun 70an.

"Saya tengok Datuk Seri Anwar ini…, saya melihat sejarah Cambodia yang tragik,” kata Rahim mengimbas nasib Kemboja di bawah pemimpin Pol Pot yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat negara itu pada tahun 70an. . 

“Walaupun Pol Pot mendapat  pendidikan tinggi di Perancis, tetapi dia ada satu penyakit otak. Paronia. Dia tak boleh lihat  orang lebih dari dia. Dia anggap, dia saja layak jadi Perdana Menteri Kemboja" tambah beliau.  

"Saya harap di Malaysia tidak ada Pol Pot, moden seperti ini. Jangan ada orang yang gila jawatan seperti Pol Pot di Kemboja. sebab yang jadi mangsa rakyat di negaranya,” jelasnya.

“Hampir dua juta orang terbunuh kerana kegilaannya untuk memegang satu jawatan yang dia fikir tak ada orang yang layak kecuali dia. Kita harap kita tak ada Pol Pot moden dalam Malaysia," kata Rahim.

Merujuk kepada video yang  didedahkan oleh beliau dan gandingan Datuk T, Mac lalu, Rahim berkata reaksi Anwar kepada rakaman itu jelas menimbulkan persoalan terhadap kepimpinannya.
    
"Pendedahan lalu itu nampaknya dapat memberikan satu gambaran bahawa tindakan kami benar. Ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani untuk menafikan apa yang telah dikeluarkan atau yang telah tersebar. Dia buat penafian secara umum saja" kata beliau. 

"Dalam satu negara seperti Malaysia yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, sekiranya sesiapa yang membuat fitnah dan pembohongan mereka boleh diambil tindakan undang-undang yang sesuai dengan perbuatan memfitnah orang lain itu,” kata Rahim.

“Jika Datuk Seri Anwar fikir itu adalah satu fitnah, adalah haknya di bawah perlembagaan negara untuk dia mengambil tindakan demikian, (tetapi) Datuk Seri Anwar tidak dapat bertindak demikian,” kata beliau.

“Ini mempamerkan apa yang telahpun ditunjukkan didalam video itu adalah satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan" jelasnya. 

 Rahim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang “melihat yang dia saja yang layak jadi Perdana Menteri.

“Dalam kenyataan dia (Anwar) 'walaupun saya masuk, keluar penjara, saya yang layak jadi Perdana Menteri di Putrajaya.' Orang seperti ini sepatutnya boleh didepan rakyat menunjukkan kewibawaannya, membuktikan bahwa dia sebenarnya bukan pelakon porno dalam video seks itu. Tapi dia tak berbuat demikian,” kata Rahim.

“Dia cuma pergi berceramah ke hulu dan kawasan pedalaman. Ini bukan perbuatan seorang yang mempunyai hasrat untuk menjadi Perdana Menteri di mana kewibawaannya, kredibilitinya. integritinya boleh diuji," tambah Rahim.

 

Mari kita lihat ulang siar kenyataan nenek kepada mangsa rogol Rahim Tamby Chik 

Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka ada 3hb November 1999:

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. 

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994. 

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun.

Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. 

Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya.

Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. 

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia.

Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. 

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali.Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik.
Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini.

Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. 

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka 

 

 

.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors