Apabila disebut negara terkaya di dunia
pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika,
Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur
Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian
oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara
terkaya di dunia :
Senarai Negara Terkaya Di Dunia
- #Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065)
- #Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980)
- #Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980)
- #Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629)
- #Brunei - KDNK per kapita sekitar RM48,000
- #United Arab Emirates
- #United States
- #Hong Kong
- #Switzerland
- #Netherlands
- #Australia
- #Austria
- #Ireland
- #Canada
- #Kuwait
Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia :
- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
- Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
- Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
- Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
- Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
- Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
Tetapi
apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah
pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan
negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama
“merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.