RSS

Penyerahan Memorandum AIC Kepada Media Prima Berhad Berlangsung Aman


Sri Pentas, Bandar Utama
17 Februari 2012


Anwar Ibrahim Club (AIC) diwakili Presiden, Saudara Saifuddin Shafi Muhammad dan Timbalan Presiden, Saudara Al Azadi Al Johari hadir di Sri Pentas Bandar Utama, Ibu Pejabat Media Prima Berhad untuk penyerahan Memorandum Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin pada pukul 11.20 pagi. 

 
Kehadiran wakil AIC disambut oleh Puan Mastura Adnan, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat yang mewakili Datuk Johan Jaafar yang tidak dapat menghadiri sesi tersebut. Puan Mastura menerima memorandum tersebut kira-kira jam 11.30 pagi setelah mendengar penjelasan dan isi kandungan memorandum yang ingin disampaikan.

Sekian Terima Kasih

Generasi Penggerak Zaman

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
ANWAR IBRAHIM CLUB
Malaysia
 
 
 
.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors