RSS

55 Tahun umno Berkuasa, Kaum India Semakin Ramai Kaya Raya..Orang MeLAYU???



Tan Sri Ninian Mogan Lourdenadin, Doktor berketurunan India yang beralih menjadi hartawan runcit, kini tersenarai antara individu terbaru 40 rakyat Malaysia terkaya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.

Untuk makluman anda, gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya,

Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah Lourdenadin…individu berketurunan India yang kaya raya itu?

Maklumlah, sebelum ini bila bercakap tentang ahli perniagaan India, yang sering disebut orang ialah Ananda Krishnan dan Tony Fernandes saja. Sebenarnya tak banyak yang kita tahu mengenai latar belakang beliau.

Yang pasti beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Dengan penyenaraian Lourdenadin ini, jumlah individu terkaya di Malaysia yang berketurunan India nampaknya makin bertambah.

Ini adalah antara senarainya;
 
1. Usaha Tegas-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
2.AirAsia-Anthony Francis Fernandes(Datuk Tony Fernandes)

3.Multi Vest Resorces Berhad-K.Ketheeswaran(Dato K.Kenneth Eswaran)

4.Chase Perdana Berhad-Mohan Krishna Swamy(Dato Mohan K Swamy)

5.MK Land- Kasi

6.Binariang-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

7.Pan Malaysian Pools-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

8.Tanjong Golden Village-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

9.Maxis-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

10.Tanjong PLC-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

11.Astro-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

12.Powertek Berhad-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

13. Quest International-Vijay Eswaran

14. Amway- Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham

15. Eversendai-A.K.Nathan

16. Measat Global Berhad- Ralph Marshall

17. MBF Holdings Berhad- Dr Ninian Mogan Lourdenadin(Lourdes)CEO

18. MBF Holdings Berhad- Susan A/P Rajanayagam MD

19. Meda Inc. – Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

20. SP Setia- George Anthony Dass David

21. Scicom- Dato’ Ahmad Kabeer Bin Mohamed Nagoor/Krishnan Menon

22. Safeguards Corporation-Darmendran Kunaretnam

 


 Untuk rekod, Ananda Krishnan mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion), Tony Fernandes mempunyai RM1.77 bilion manakala Lourdenadin memiliki aset sebanyak RM1.5 billion.


Seorang lagi wajah baru ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, ahli perniagaan berketurunan India yang berjaya di negara ini dengan harta sebanyak AS$250 juta (RM830 juta). Syarikatnya, Eversendai, terbabit dalam banyak pembinaan di Asia Barat termasuk Burj Khalifa di Dubai.



Di saat kita asyik bertelagah, orang lain nampaknya makin maju dan kedepan dalam semua bidang. Contohnya seperti penyenaraian orang terkaya ini, siapa sangka dalam masa terdekat ini usahawan India kita nampaknya semakin ‘menjadi-jadi’ kekayaan mereka sedangkan jumlah ahli perniagaan Melayu yang ada dalam senarai hanyalah balik-balik orang yang sama.

Suatu ketika dulu, masyarakat India sering dikaitkan dengan gangsterism dan kemiskinan tetapi nampaknya ada anjakan paradigma yang hebat dalam masyarakat mereka.

Jumlah masyarakat India yang terjun ke dunia profesional semakin bertambah dari hari ke hari, mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan juga semakin meningkat, itu belum dikira graduan mereka yang semakin ramai lulus dari universiti dalam dan luar negara.

Benar, masih ramai di antara mereka yang berada di garis kemiskinan tetapi jumlahnya makin berkurangan dari tahun ke tahun.

Ini sesuatu yang patut dibanggakan!!!






.
.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors