Jemputan Media/ Bloggers Untuk
Edaran Segera
Anwar Ibrahim Club
5 Mac 2012
Anwar Ibrahim Club menyedari keperluan dalam mengisi minda dan
pemahaman orang muda dalam setiap isu yang membabitkan kenegaraan, adalah
sesuatu yang perlu digalas bagi memastikan citra anak muda ini berterusan
sebagai penyambung warisan pentadbiran negara.
Justeru kerana perdebatan
kenegaraan didominasi oleh wacana melalui bahasa politik maka yang sering
kedengaran adalah belahan dua kumpulan, di satu pihak golongan ahli parti politik
dan di satu pihak lagi adalah golongan orang awam, walaupun fungsi satu pihak
tidak melebihi kepentingan satu pihak yang lain.
Maka adalah amat penting golongan
orang awam ini, terutama anak muda yang tidak sering terdedah dengan
ucapan-ucapan khusus tentang isu anak muda, kemasyarakatan dan negara untuk
dianjak paradigma mereka menuju ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan
rasional.
Hakikat ini juga telah mendorong Anwar Ibrahim Club untuk menganjurkan
satu pertemuan santai tetapi penuh pengisian bersama badan swadarya dan orang
awam bagi berkongsi apa juga maklumat dan pengalaman bagi pentadbiran negara
yang berhemah dan baik.
Tarikh: 10 Mac 2012
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Ballroom Tingkat 1, De Palma, Ampang, Selangor
Kami telah mengundang khas Dato'
Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi berkongsi
perbincangan dan buah fikir dengan anak-anak muda di Malaysia, selain kehadiran
Yb Nurul Izzah Anwar sebagai panel bersama. Kami dengan sukacitanya menjemput
rakan-rakan media dan bloggers untuk hadir ke seminar ini (butiran program
turut dilampirkan). Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Setiausaha
AIC, Encik Mazli di talian 012 3981016. Kerjasama dan perhatian daripada pihak
rakan-rakan media dan bloggers amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC)
Malaysia
.