RSS

Mahathir Sedang Nazak...Hampir Mati



Apa lagi yang akan diperkatakan oleh Mahathir di masa akan datang.Kami anak-anak muda pun merasa hairan dengan gelagat Mahathir yang tak sudah-sudah hendak babitkan diri dalam politik.Sudah-sudah la tu atuk umur sudah sampai (dah terlebih) pun nak mati… Bukannya tak ada duit dah banyak sangat duit tu sampai tak habis ke cucu cicit. 

Kalau nak diikutkan perangkaan Jangka hayat bagi penduduk Malaysia, dah lama dah Mahathir ni mati. Bagi wanita keturunan Cina jangkaan hayat mereka adalah yang tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun)

Dengan tak habis-habis menyerang Anwar dan Nik Aziz…, Mahathir ni sepatutnya sudah bertaubat dan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan di masa lampau… bukannya beliau tidak banyak berjasa dan membuat pahala… tetapi sudah tiba saat ini beliau bawa banyak bersabar dan beristighfar kepada Allah kerana sudah dapat hidup amat lama di dunia ini dengan membuat kebaikan dan kejahatan.

Apabila Mahathir mati nanti… skandal PKFZ, penyelewengan Petronas, pemberian lesen Judi kepada Vincent Tan dan yang lain-lain, Mahathir akan terselamat di dunia…, tapi sudah pasti bukan di akhirat. Sepertimana selamatnya Eric Chia, skandal Perwaja terkubur begitu sahaja,disebabkan yang tertuduh mati. 

Najib dan Umno Sedang Menikam Mahathir 

nazri azizMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz baru-baru ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

Najib Pulak mendedahkan 3 surat Mahathir yang dihantar kepada Yahudi Israel. Pendedahan ini kononnya nak menunjukkan keperihatinan Mahathir terhadap Palestin. Betul ke ???!!

Memang persepsinya begitu… Tetapi kalau diperhatikan terhadap kedua-dua kenyataan dari Menteri dan Perdana Menteri tersebut… dari segi politiknya, sebenarnya Najib dan Nazri Aziz sedang menikam Mahathir, supaya Mahathir cepat mati.

Mereka tahu sekarang ini Mahathir sedang berusaha sedaya upaya untuk melepaskan tengkuk dia dari segala tuduhan jika Pakatan Rakyat memerintah nanti. Mahathir tidak mengharapkan Najib yang memang amat lemah mengawal rakyat untuk mendapatkan sokongan. Yang hanya Najib pandai adalah menggunakan wang untuk mendapat sokongan… semua tarikan untuk menyokong UmnoBn dilakukan dengan WANG !!!

Najib Razak merestui pendedahan surat kepada Yahudi Israel daripada Mahathir ini, ia seolah-olah mendedahkan strategi Najib mahu melondehkan siapakah Dr Mahathir sebenarnya. Najib ingin menyimpulkan bahawa Dr Mahathir sendiri mengiktiraf Israel.

Najib agak rimas dengan kemunculan semula Mahathir dalam gelanggang politik negara. Najib pun tahu dia bukan sahaja tidak mendapat sokongan Umno dan Rakyat, kerana dia belum mendapat mandat Rakyat melalui pilihanraya… Najib menjadi PM hanya kerana beliau meracun kerusi Presiden Umno dari Abdullah !!!

Apapun pendedahan surat-surat Mahathir kini meringankan beban Anwar untuk memperjelaskan pendiriannya dalam hubungan beliau dengan Yahudi.

Tun Mahathir, Anak Tun Abdul Razak, Anak Tun Hussein Onn dan Cucu-Cucu
 
Kata Tun Dr Mahathir, beliau tidak mempunyai masalah dengan siasatan yang mendalam ke atas kerugian RM100 bilion akibat skandal kewangan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

"Anda boleh mengaudit. Malah, semua Tun mesti diaudit, termasuklah anak-anak Tun dan cucu-cucu Tun ".

Mahathir tahu, isu RM100 bilion yang lesap dari tabung Negara ini dibangkitkan oleh orang-orang Umno yang diketuai oleh Najib dan Hishamuddin. Sebab itu Mahathir sebut… anak-anak Tun sekali mesti di siasat…!!!

Yang pasti duit Rakyat lesap RM100 bilion… kalau dikira… setiap keluarga di Malaysia ni dah jadi jutawan jika RM100 bilion itu diberi kepada Rakyat !



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors