RSS

Negeri Termiskin Di Malaysia Akan Bina Stadium Sendiri..Najib Nak Letak Muka Kat Mana!!!...



KERAJAAN PAS Kelantan akan meneruskan cadangan membina stadium sendiri walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bercadang membina sebuah bernilai RM300 juta di Bandar Baharu Tunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata keputusan Kafa itu tidak menjejas cadangan asal kerajaan negeri.


"Ada lebih banyak stadium lebih baik dalam usaha kerajaan membangunkan bidang sukan bola sepak di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Cakna Rakyat Kelantan 2011, di Dewan Teratai Kota Darulnaim, di sini hari ini.


Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan kerajaan negeri akan membina stadium sendiri menerusi projek bersepadu secara penswastaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.


Katanya, pembinaan stadium bersekali projek lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu itu adalah berikutan kegagalan kerajaan negeri berunding dengan Kerajaan Pusat untuk membina stadium terbesar di Bandar Baru Tunjung kerana melibatkan kos yang tinggi.


Pada 25 Februari lepas, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, pihaknya akan membina stadium itu di atas tanah seluas kira-kira lapan hektar di bandar baharu itu.


Annuar berkata Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V telah membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjung dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar dengan reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.


Abdul Fatah berkata, pada masa sama kerajaan negeri akan meneruskan rancangan menaikkan taraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV bagi membolehkan penganjuran sukan yang lebih besar dan bertaraf dunia.


"Setakat ini, kita sedang berusaha menambahkan kemudahan yang diperlukan bagi mengadakan penganjuran bola sepak peringkat antarabangsa, seperti lampu limpah dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.
- Bernama


                                   


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors