Akhbar Times of Oman baru-baru ni telah mengeluarkan sebuah sketsa kartun yang amat jelas mengkritik dan menyindir PM Najib. Mesej yang cuba disampaikan dalam kartun tersebut jelas menunjukkan ketidakpuashatian Oman terhadap sistem perundangan negara, yang secara spesifiknya melibatkan kes liwat Anwar Ibrahim.
Jelas hari-hari terakhir seorang PM Najib bakal berlaku. Dunia sendiri pun tertawa melihat cara pemerintahan umno yang dipimpin Najib yang penuh dengan peyelewengan dan salah guna kuasa. Najib makin popular didunia dan dinegara sendiri senagai pemimpin yang paling lemah. Lihat sahaja sejarah politik Najib, dia menang semua jawatan dalam Umno secara belas kasihan dan menumpanh tuah orang lain bukan atas kekuatan diri sendiri.
Dia memimpin Umno Pekan dengan mewarisi dari ayahnya. Menang Ketua
Pemuda Umno kerana belas ihsan Anwar bila Anwar menjadi Naib Presiden
Umno, Najib ambilalih jawatan tersebut dengan tidak dicabar, kalau di
cabar belum tentu Najib menang. Menjawat jawatan Timbalan Presiden dan Presiden Umno juga atas belas kasihan orang lain.
Demi mengekalkan survival poltik Najib sanggup menggadai maruah dengan meneruskan skrip lapuk episod kedua Fitnah Liwat ke atas DS Anwar Ibrahim, musuh politiknya yang paling digeruni dan dibencinya. Manakan tidak Najib sedar dari segi keintelektual dan kaliber dia tidak akan dapat mencabar DS Anwar. Bermacam alasan yang diberikannya bagi mengelak cabaran berdebat dari ketua pembangkan.
Najib yang terpaksa mengemis saban hari melutut dikaki rakyat dengan umpan yang berbagai-bagai dari dana milik rakyat sendiri. Najib sedar nasibnya akan bertambah buruk malah tidak mungkin dibayangkannya jika umno/bn tumbang di PRU 13 nanti. Deretan sekandal penyelewengannya serta umno akan dibongkar satu persatu. Najib dan pemimpin bn yang lain pastinya tidak akan lena tidur menjelang PRU 13 nanti. Jika mereka tumpas pastinya Najib serta Rosmah akan dipersalahkan buat selamanya oleh umno.
Yang pastinya tidak apa pun yang mampu dilakukan oleh Najib bagi mengekalkan kuasa umno.,.. umno tetap akan berkubur dan akan bersemadi dalam lipatan sejarah yang tidak mahu lagi diingati oleh generasi akan datang, cukuplah dengan umno sebagai parti perkauman, parti tempat mencari kekayaan dan mengkaya-rayakan suku sakat serta kroni dengan merompak harta rakyat!
.