KUALA
LUMPUR 10 Julai: Sebuah ‘syarikat Perancis’ yang terlibat dalam
urusiaga Scorpene 10 tahun lalu, memiliki kepentingan dalam empat
daripada lapan pembida projek kontroversi LRT Ampang.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, salah satunya adalah Konsortium George Kent, yang menerima kontrak penyambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion ringgit.
George Kent diterajui rakan golf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Tan Kay Hock.
Dalam
ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, baru-baru ini, Rafizi
berkata, George Kent hanya berminat mendapat keuntungan ‘atas angin’
dalam projek berkenaan, sedangkan ia dijalankan syarikat Perancis yang
terbabit dalam urusniaga Scorpene.
“Syarikat Perancis itu juga ada kepentingan tinggi dalam George Kent dan membekal lokomotif gerabak untuk projek MRT.
“Dari
segi teknikal, projek MRT dilihat diserah kepada George Kent dan Tan
Kay Hock, tetapi sebenarnya dijalankan syarikat Perancis itu,” katanya.
Menurut
Rafizi, syarikat Perancis itu berpengalaman dalam industri mekanikal
dan kejuruteraan tinggi, termasuk pernah membina kapal selam, lokomotif
dan landasan keretapi. Bagaimanapun katanya, beliau akan mendedahkan
nama ‘syarikat Perancis’ tersebut pada masa yang sesuai.
.