DILIHAT seolah-olah meniru sebuah rancangan popular tahun 1970 an,
Charlie’s Angles, pihak berkuasa Polis Indonesia telah menggunakan tiga
“Polis Jelita” untuk cuba meraih kembali kepercayaan orang awam yang
memandang institusi itu sebagai begitu korup.
Pasukan Polis Indonesia menggunakan tiga orang polis wanita untuk
menyampaikan laporan harian tentang kesesakan lalu lintas untuk siaran
berita pagi dan petang.
Eny Regama, Avvy Olivia Atam dan Eka Yulianti tiga polis jelita yang
digunakan untuk membantu memantau keadaan lalu lintas 10 juta penduduk
Jakarta setiap pagi.
“Ini merupakan salah satu cara untuk membina satu hubungan baik antara
orang awam dan Polis” Kata jurucakap pihak Polis Indonesia.
Mereka semua telah melalui latihan khas polis sebelum ini. Yulianti
bertugas di Jabatan narkotik semasa menyertai pasukan polis pada 2006.
Hampir satu pertiga anggota di dalam jabatan pemantauan lalu lintas
Indonesia yang ditubuhkan tahun lalu oleh kerajaan, terdiri daripada
kaum wanita.
The Jakarta Globe melaporkan bahawa reputasi Polis Kebangsaan Indonesia
terjejas teruk kerana amalan rasuah dan ia menjadi salah satu faktor
terbesar kepada kemiskinan dan kekejaman di sesetengah daerah di negara
itu.
Di Malaysia pun tidak kurang juga hebatnya. Polis wanita yang cantik jelita juga ditugaskan dalam berbagai cabang pasukan tersebut. Malah ada antara Polis wanita yang cantik dan menarik ditugaskan dalam pasukan yang begitu hebat diperkatakan semasa himpunan Aman Bersih dahulu. Lihat gambar-gambar dibawah sebagai renungan bersama.