RSS

ADUAN TERHADAP PAPARAN ARTIKEL YANG MENGHINA INSTITUSI BERAJA: SKMM Beri Amaran Pada Mediaperak





Rujukan kami: SKMM(T)09-SIMD/960/2012/Jld.3(406)
Tarikh: 4 September 2012

Tuan,

ADUAN TERHADAP PAPARAN ARTIKEL YANG MENGHINA INSTITUSI BERAJA



Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada orang ramai berkenaan laman sesawang tuan di mana para pengadu mendakwa bahawa terdapat kandungan spesifik yang telah menghina Institusi Beraja di Malaysia di dalam artikel “18SX.Tingahlaku Ketua Agama Islam yang kita doakan setiap Jumaat” bertarikh 7 Ogos 2012 dan artikel ” 18SX lagi! Tingkahlaku Ketua Agama yang kita doakan setiap jumaat (2)” bertarikh 2 September 2012.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

4. Oleh yang demikian, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil perhatian akan peruntukan di atas serta memastikan kandungan portal tuan tidak melanggar peruntukan tersebut. Pihak SKMM akan terus memantau portal ini agar ianya tidak melepasi batasan-batasan yang digariskan dan menjadi medan bicara yang lebih sihat dan beretika.

Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan.

Terima kasih.

Unit Media Baru
Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


MediaPerak 







 .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors