RSS

Mesin Automatik DERMA SPERMA ( Lubang tu Untuk Apa eeekkk??? )


Revolusi: Hospital Cina memperkenalkan mesin baru yang boleh mengeluarkan sperma kepada penderma

Sebuah hospital di China telah memperkenalkan sebuah mesin baru yang boleh membantu untuk mengeluarkan sperma kepada penderma. Menurut platform sosial Weibo, mesin automatik pengekstrak sperma itu telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibukota wilayah Jiangsu.

Mesin yang berwarna putih, kelabu dan merah jambu itu mempunyai 'paip urut' di bahagian hadapan yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian penderma.

Pengalaman baru: (Kiri) Seorang pelawat melihat mesin itu di sebuah pameran. (Kanan) Sebuah skrin kecil juga akan memainkan filem kepada pengguna

Kelajuan, frekuensi, amplitud dan suhu pada mesin ini juga boleh dikawal.

Ia turut mempunyai sebuah skrin kecil untuk memainkan filem yang dipilih pengguna untuk membantu mereka dalam proses pengekstrakan itu.

Pengarah Jabatan Urologi di Hospital Pusat Zhengzhou berkata mesin ini akan digunakan oleh pesakit yang mandul dan didapati sukar untuk mengeluarkan sperma dengan kaedah lama.

Sebuah laman web yang menjual mesin ini meletakkan harga GBP 2800 (lebih RM 13 ribu) dengan kata-kata promosi 'ia memberikan pesakit rasa yang sangat selesa.'







~ Pulakdah


.
 .


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors