Penggambaran iklan yang didakwa iklan pro-BN berkaitan masalah air di
Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di
Petaling Jaya.
Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.
Pihak penerbit juga ketika ditemui juga enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu atau melaporkan keadaannya.
Dianggarkan sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.
Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air. ~ Malaysiakini
.