RSS

UMNO BAKAL MUSNAH: Najib Dalam Misi Bunuh Diri, Mahathir AMBIL ALIH



Kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah 55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.

Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan jujur​​. Namun, kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula beralih untuk menyokong pembangkang.

Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih kukuh dan jujur​​. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada 1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.

Memilih untuk menipu dari memperbetulkan kelemahan

Malangnya, daripada bekerja untuk memperbaiki imej dan integriti parti mereka, pemimpin UMNO menggunakan cara kotor untuk memenangi pilihan raya; mereka menipu. Ia mendatangkan hasil dan tidak lama lagi dosa ini menjadi satu tabiat yang berakar dalam minda UMNO. 

Lihatlah bagaimana kepimpinan UMNO bertindak balas terhadap pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih. Ketakutan dan kemarahan UMNO apabila diminta untuk membersihkan daftar undi amat ketara. UMNO kecewa dan bertindak balas dengan ganas terhadap penyokong Bersih di kesemua demonstrasi Bersih kerana ia merasakan ia mempunyai hak mutlak untuk menipu!

Beberapa kaedah melampau mereka dalam menipu termasuk membina pengkalan tentera dalam kawasan pilihanraya yang penting bagi UMNO untuk mendapatkan undi mudah. Tetapi pada tahun 1980-an, UMNO mendapati ia tidak boleh lagi bergantung kepada pangkalan tentera atau perkhidmatan awam kerana untuk mengekalkan kedua-duanya menelan belanja yang besar apatah lagi untuk mengembangkannya.

UMNO kemudian mula menarik pendatang asing untuk memohon kewarganegaraan Malaysia terutamanya Indonesia. Tetapi tidak semua yang baru mendapat kewarganegaraan Malaysia menyokong UMNO kerana terdapat orang-orang yang berpengetahuan agama di kalangan mereka, dan seperti di Indonesia, mereka lebih suka untuk menyokong pembangkang. Oleh itu, kini di alaf baru, UMNO tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memberi kerakyatan segera kepada pendatang dari Bangladesh, Pakistan dan Filipina, lengkap dengan upacara angkat sumpah untuk berjanji mengundi UMNO dan BN.

Usaha sedemikian jelas percubaan terdesak untuk kekal berkuasa, dengan kadar keupayaan yang sangat berpadanan dengan kuasa serta integriti UMNO. Lebih banyak UMNO menipu, lebih buruk imej, kekuatan dan integrity mereka.

Skandal demi skandal

Menurut Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, apabila skandal RM7.3 bilion kapal selam Scorpene meletus, rakyat biasa tidak mampu untuk memahami isu ini. 

Tetapi kemudian, apabila skandal RM250 juta NFC dilaporkan dalam berita, mereka mula memahami sepenuhnya bagaimana pemimpin UMNO mendapatkan komisen atas wang rakyat. Ini menjadikan minda mereka terbuka dan mula meragui UMNO-BN dengan serius. Sepertimana yang dikatakan oleh Sabu, ia adalah lebih mudah untuk rakyat biasa menghargai lembu berbanding kapal selam.

Apabila kejatuhan NFC terus berlaku, ia menjadi jelas kepada rakyat bahawa UMNO sememangnya tidak masuk akal apabila 'lembu' boleh membeli kondominium. Malah timbalan ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim tidak boleh mendiamkan diri lagi. Beliau mengambil keputusan untuk menuntut Shahrizat dikeluarkan dari parti jika dia tidak melakukannya dengan kerelaan sendiri untuk meletak jawatan.

Jelas bahawa kejatuhan NFC adalah antara tamparan utama yang membuka minda rakyat dan ia masih berada dalam fikiran mereka sehingga ke hari ini.

Walaupun skandal Scorpene yang berkaitan secara langsung dengan Najib, kejatuhan NFC juga membabitkan pemimpin UMNO yang lain seperti Abdullah Badawi, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin dan sudah tentu, Najib. Mungkin ia adalah kerana dia telah berada dalam kerajaan lebih daripada 30 tahun tetapi Najib seolah-olah mendapat habuan dalam kebanyakan perkara!

Selain daripada Najib, terdapat pemimpin UMNO lain yang sering terbabit dalam skandal. Khir Toyo telah didapati bersalah kerana rasuah, Jamil Khir Baharom menggunakan wang 'zakat' untuk membayar yuran peguam, manakala Awang Adek mengakui menerima wang daripada sebuah syarikat atas sebab-sebab yang boleh dipersoalkan dan Isa Samad terpaksa disingkirkan dari KFHB kerana kesangsian terhadap kejujuran dan integritinya.

Persediaan hanya untuk dimusnahkan

Kita tahu Najib mempunyai skandal peribadinya sendiri, manakala Rosmah Mansor isterinya yang agresif berada di luar kawalan dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk dirinya.

Najib telah dikecam kerana menggunakan dana awam untuk urusan peribadinya. Dia dituduh menjadualkan perjalanan diluar negara bersempena dengan pertunangan anak perempuannya di Kazakhstan, konvokesyen anak lelakinya di Amerika Syarikat, percutian keluarga di Milan dan Australia supaya perbelanjaan peribadinya boleh dibiayai dengan dana awam.

Malah, Pejabat Perdana Menteri juga diheret sama apabila berita ini dibocorkan kepada media alternatif apabila kos majlis pertunangan anak perempuannya di Putrajaya juga telah dibilkan kepada kementeriannya apabila ia adalah majlis peribadi.

Insiden seperti ini memberi kesan kepada kredibiliti Najib tetapi dia hanya ada dirinya untuk dipersalahkan akibat penyalahgunaan dana awam tanpa rasa segan dan silu. Bagaimana dia boleh mengharapkan rakyat untuk terus menghormatinya apabila dia dan isterinya berkelakuan seperti pengambil kesempatan?

Najib sudah mengalah, sekarang dalam misi bunuh diri

Untuk memburukkan lagi keadaan UMNO dan BN, Najib kemudian pula campur tangan dalam penganugerahan projek Ampang LRT kepada George Kent. Bukan sahaja firma ini dikawal oleh kroninya, ia adalah pembida tertinggi malah hilang kelayakan secara teknikal. Namun ia telah memenangi bidaan dan Najib sendiri telah meluluskan penganugerahan itu!

Mengejutkan? Atau adakah Najib tidak lagi peduli - dia hanya mahu merebut seberapa banyak wang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang Jun 2013. Sudah tentu ini nampak seperti misi bunuh diri – dari segi politik - manakala UMNO ditakdirkan untuk musnah hasil penyelewangan Najib.

Seterusnya, Najib disajikan dengan pembelotan dari Sabah - salah seorang daripadanya adalah Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi UMNO! Sekali lagi Najib tidak mempunyai sesiapa untuk disalahkan tetapi dirinya sendiri. Dia sebenarnya boleh menghalang Lajim daripada meninggalkan UMNO dengan melakukan sesuatu untuk menenangkannya seawal tahun lalu, tetapi Najib tidak berbuat apa-apa pun.

Sama ada PM sememangnya malas, atau dia sudah berputus asa untuk berharap lama dahulu. Mungkin Najib telah menyedari bahawa kekalahan tidak dapat dielakkan lagi dan ini mungkin kenapa dia memutuskan untuk memperbaiki imej sendiri dan bukannya perkara-perkara di dalam UMNO, BN dan negara. Ini mungkin menjelaskan mengapa dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan Lajim Ukin dan timbalan pengerusi Upko, Wilfred Bumburing untuk meninggalkan BN.

Keangkuhan Najib juga merupakan satu lagi faktor yang menyumbang kepada kejatuhannya. Mahathir yang telah lama menyedari perkara ini telah memberi amaran secara terang-terangan kepadanya. Dalam temu bual Bloomberg yang disiarkan beberapa hari yang lalu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberitahu Najib bahawa jika lebih ramai yang keluar parti, BN akan kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang. Ini bukanlah peringatan yang menenangkan untuk diterima di khalayak ramai – ia seumpama dirotan guru besar di khalayak ramai!

Najib bukan cuba mengawal kerosakkan, dia sudah hilang kawalan sama sekali

Penangkapan baru-baru ini terhadap Rafizi Ramli, Pengarah PKR Strategi, tidak boleh digambarkan sebagai satu usaha UMNO untuk mengawal kerosakan dengan apa jua cara. Ia adalah satu kesilapan BESAR dan ini jelas dari senyuman yang lebar di wajah Rafizi apabila dia didakwa. Betapa bodohnya mereka, fikir Rafizi pada ketika itu.

Dan Rafizi sememangnya tepat. Penangkapannya bukan sahaja tidak sesuai kerana ini bukan sahaja adalah bulan yang penuh berkat, iaitu Ramadan, tetapi terdapat tiga isu-isu lain yang masih belum diselesaikan dan akan memusnahkan apa jua tuntutan bermoral oleh Najib & Co.
Satu adalah kontroversi Kumpulan George Kent yang telah secara rasmi dianugerahkan projek LRT Ampang Tambahan, yang kedua ialah perletakan jawatan BN Sabah dan ketiga, kurangnya kemajuan sebenar dalam kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan kejatuhan RM250 juta NFC.

Tambahan pula, penangkapan itu seolah-olah telah membangkitkan seluruh rakyat Malaysia untuk bertanya mengapa pemberi maklumat ditangkap dan bukan orang yang sebenarnya bersalah? Rafizi telah menjolok sarang tebuan tetapi daripada cuba untuk mengelakkan tebuan dari menyengat mereka yang terlibat, Rafizi ditahan. Tebuan dibenarkan untuk terus menyengat orang-orang yang terlibat dan cuai dan salah seorang daripada sasarannya adalah Najib.

Najib terkubur dan Dr M kembali

Najib akan lenyap, dan yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia dan UMNO, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengambil alih kecuali Mahathir Mohamad.

Najib boleh dibenarkan untuk terus mengepalai UMNO tetapi akan dikawal oleh yang lain. Mahathir, si tukang karut utama, menarik tali dan Najib bergerak dari atas ke bawah, ke kiri dan kanan. Itulah sebabnya, berlaku dasar yang tidak selaras dan kekurangan polisi.

Sejak 3 tahun yang lalu selepas Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April 2009, Malaysia telah dikawal secara ‘auto-pilot’ dalam semua hal - pentadbiran, sosial dan ekonomi. Tetapi ia tidak boleh terbang dengan lebih jauh tanpa juruterbang sebenar menerajuinya dan boleh terhempas pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Tujuan utama adalah untuk memberi beberapa lagi pukulan kepada Najib dengan harapan agar Najib akan menyerahkan wasiat kepada tuan yang sebenar, walau apa jua keputusan PRU ke-13 nanti. Siapa lagi dalam UMNO yang boleh mengalahkan Najib jika bukan Mahathir?

Musuh yang paling berbahaya bagi Najib kini berada dalam UMNO, partinya sendiri, di mana dia adalah yang paling lemah. Semua bercita-cita untuk menggantikan dirinya. Ia jelas bahawa Najib hanya akan menyerahkan senarai calon ‘boleh menang’ yang amat berharga dan telah dijaga umpama nyawanya sendiri kepada Mahathir dan membiarkan Mahathir membuat keputusan muktamad. Pertama, Najib agak ragu-ragu untuk membuat sebarang kesimpulan dan kedua, dia boleh mengatakan 'TIDAK' kepada Dr M.

Tetapi dalam usahanya untuk membuat Najib menyerah kalah, Mahathir tidak dapat menahan diri dari memberi tamparan terakhir kepada UMNO Baru, parti yang ditubuhkan olehnya pada akhir 1980-an selepas mendaftarkan semula UMNO yang asal.

Mahathir juga tidak bijak seperti dulu. Dia sama ada sudah mengalah untuk membaiki kerosakan dalam UMNO atau dia lupa bahawa pembangkang sekarang sudah kuat - tidak lagi seperti di zaman pemerintahnnya dahulu.

Tetapi, kerana dia dikenali dengan mainan politik kejam dan kotor, Mahathir dalam usaha untuk mewujudkan satu laluan yang jelas untuk anaknya Mukhriz supaya menjadi perdana menteri di masa depan mungkin tidak mempunyai pilihan lain selain mengorbankan UMNO. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk ini. Dia telah melakukannya dahulu dan dia berpendapat bahawa UMNO masih boleh bertahan.

Walau bagaimanapun, harga yang harus dibayarnya adalah lebih tinggi daripada tahun 1980-an, di mana dia mampu untuk menggembleng penuh kuasa jentera kerajaan untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah yang naïf dan menjadi presiden UMNO.

Ya, kerana 'inflasi' ini, Mahathir perlu melihat lebih jauh daripada pergelutan UMNO Baru. Dia harus memikirkan secara serius untuk mempertimbangkan dan merancang kemungkinan UMNO menjadi pembangkang dan Najib Ketua Pembangkang dan dirinya, Ketua de facto Pembangkang, selepas PRU ke-13.  
~ M C


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors