RSS

‘WARLORD’ TIDAK WUJUD DI BAWAH NAJIB



KUALA LUMPUR : Istilah ‘Warlords’ ataupun kumpulan tertentu yang merasakan diri mereka berkuasa dalam parti terutamanya di peringkat bahagian, sudah tidak wujud dalam UMNO, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata di bawah pimpinan presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kesemua pemimpin parti yang sering turun ke bawah bersama akar umbi dilihat dapat bekerjasama dengan baik.

“Itu yang hari ini sudah nampak perbezaan, apabila tak timbul lagi istilah itu, perkataan ‘Warlord’ yang sering digunakan sebelum ini, sekarang ini saya rasa dah tak ada dah pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian yang seperti itu, semuanya benar-benar turun ke bawah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini, kelmarin.

Pada persidangan itu, lebih 1,000 perwakilan hadir mewakili kira-kira 38,000 ahli UMNO dari 180 cawangan bahagian Gombak.

Sebelum ini kumpulan ‘Warlord’ yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan pucuk pimpinan parti, dikatakan menjadi penyebab kepada tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 yang menyaksikan empat negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Dalam perkara ini, Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut memberi jaminan bahawa ‘calon boleh menang’ seperti yang diumumkan Najib sebelum ini bagi PRU-13 akan melalui proses pemilihan yang teliti merangkumi pelbagai aspek.

Sementara itu, ditanya mengenai kempen jelajah merdeka ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hamzah yakin kempen itu tidak menggugat sokongan rakyat kepada UMNO.

“Pada kita yang pentingnya bukan melawat mengikut bas, tetapi yang penting kepada kita ialah perancangan yang diadakan untuk rakyat seperti yang dilakukan kerajaan hari ini di mana kerajaan melahirkan agenda yang besar untuk rakyat sehingga tahun 2020,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Hamzah berkata perjuangan parti UMNO yang lahir daripada doa untuk membela bangsa, agama dan tanah air merupakan satu perjuangan jihad yang sebenar.

“Saya nak katakan yang pertama dengan doa kita lahirkan parti UMNO, kedua tidak ada parti di muka bumi ini dilahirkan semata-mata untuk bangsa Melayu, orang Islam, ketiga parti ini adalah parti yang berjuang demi bangsa dan agama…” katanya. (MediaUMNO)
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors