RSS

Kenyataan Media Oleh YB Dato Ngeh Koo Ham Tentang Isu Tanah Kelantan


KENYATAAN MEDIA

i) Ngeh & Nga tidak pernah dianugerahkan sebarang tanah oleh kerajaan negeri Kelantan

ii) Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

iii) UMNO/BN ingin mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal tanah terhadap mereka yang didedahkan oleh Ngeh & Nga semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Sebuah blog merupakan penyokong BN bertajuk Pisau.net, dengan niat yang jahat menyatakan bahawa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, telah meluluskan bidang tanah seluas 10,526 ekar sebagai pertukaran untuk mendapatkan persetujuan YB Nga Kor Ming dan saya, melantik Dato’ Seri Nizar Bin Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2008.

Tuduhan tersebut dengan terang-terangnya merupakan satu pembohongan. Walaupun pihak BN dengan hakikatnya sedar tentang kebenaran tanah tersebut, tetapi media yang memihakkan mereka terus berusaha untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Oleh itu, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ini/

Pada 19/12/2012, saya telah membuat satu laporan polis yang meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menabur fitnah ke atas Tok Guru Nik Aziz, YB Nga Kor Ming dan saya, di bawah Seksyen 8A (kesalahan penyiaran berita palsu ) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 499 (Fitnah Jenayah) Kanun Keseksaan. Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah YB Nga Kor Ming dan saya sendiri.

Isu tersebut telah dikemukakan oleh BN untuk mengalihkan tumpuan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal yang telah didedahkan oleh YB Nga Kor Ming dan saya semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Skandal-skandal tersebut melibatkan kelulusan tanah bernilai beratusan juta Ringgit oleh pihak Kerajaan Negeri Perak BN kepada kroni-kroni UMNO/BN.

Untuk tujuan penerangan dan penjelasan bahawa tiada sebarang rasuah atau urusan yang tidak wajar dalam proses pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd, saya mengambil kesempatan ini untuk terangkan yang berikut:-

i. Semenjak beberapa bulan yang lalu, saya telah memaklumkan YB Lim Kit Siang di atas penglibatan saya dalam pembelian syarikat tersebut.

ii. Saya juga telah memaklumkan serta menerangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Perak dua bulan yang lepas, apabila sebuah blog bertajuk Media Perak membuat tuduhan yang liar terhadap saya tentang isu yang sama.

iii. Dengan sepucuk surat yang bertarikh 6hbseptember 2012, saya telah memaklumkan Jabatan Hasil Dalam Negeri bahawa pengambilalihan tersebut telah berlaku, serta meminta Jabatan tersebut untuk memberi perintah yang sepatutnya dari segi pembayaran cukai.

iv. Dato’ Hamzah Bin Zainuddin, selaku Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari UMNO juga telah dimaklumkan tentang pengambilalihan tersebut sebagai Pengerusi Program Pembangunan Ladang Hutan, yang merupakan agensi yang meluluskan wang pinjaman untuk memajukan tanah tersebut. Beliau berkata semasa berjumpa dengan saya di Parlimen, bahawa pinjaman itu tetap akan diteruskan oleh pihak kerajaan walaupun saya berpihak pembangkang. Beliau juga berkata bahawa usaha untuk menanam pokok balak klon getah amat penting demi memastikan bekalan balak yang mampan dikekalkan untuk industri pembuatan perabot.

Oleh yang demikian, pengambilalihan syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd berlaku secara terbuka dan tidak secara berahsia. Saya harus mengulangi di sini bahawa Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

Oleh kerana pucuk pimpinan PR Perak telah dimaklumkan sebelum ini, tuduhan palsu yang tertimbul beberapa hari yang lepas tidak mengejutkan mereka. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada ahli-ahli dewan undangan negeri kerana menangani isu ini secara baiknya, sehingga ADUN BN tertinggal tiada pilihan selain membuat tuduhan palsu dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia dan ADUN PR diberi kesempatan untuk menunjukkan betapa bodohnya ADUN-ADUN BN. Tiada seorang pun di antara semua ADUN BN berani mengulangkan tuduhan tersebut di luar dewan, kerana mereka sedar pada hakikatnya bahawa tuduhan tersebut adalah memang palsu.

Saya telah pun memberikan penjelasan melalui sidang media dan Tok Guru Nik Aziz, melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar beliau pun telah menafikan tuduhan tersebut pada 21hbDsiember 2012. Tok Guru Nik Aziz juga secara individu, telah membuat penafian apabila ditanya oleh warga media.

Untuk pemahaman secara lebih mendalam kepada rakyat jelata, izinkan saya mengemukakan fakta-fakta tentang tanah seluas 10,526 ekar tersebut seperti berikut:-

1. Pada 13hbSeptember 2000, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan tanah tersebut kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

2. Pada Disember 2000, sebuah syarikat telah diluluskan untuk memajukan tanah tersebut, tetapi syarikat tersebut gagal dalam usahanya. Tanah tersebut diambilalih-semula oleh YIK pada 18hb Ogos 2004.

3. YIK menganugerahkan tanah tersebut kepada Upayapadu Plantations Sdn Bhd untuk memajukannya pada 28hb Ogos 2005 dan perjanjian telah ditandatangani pada 2hb Mei 2006.

4. Upayapadu Plantations Sdn Bhd gagal dalam usahanya untuk memajukan projek tersebut, maka pemegang-pemegang sahamnya membuat keputusan untuk menjualkan syarikat tersebut.

5. Saya bersama dengan sekumpulan pelabur (termasuk YB Nga Kor Ming) telah membeli syarikat tersebut pada bulan April 2012.

6. Jelasnya, tuduhan bahawa pemberian tanah tersebut adalah pertukaran kepada perlantikan Dato’ Seri Nizar bin Jamaluddin pada tahun 2008 adalah suatu pembohongan

Dua buah Syarikat telah gagal. Kami harap kami akan berjaya dengan usaha kami. Kumpulan pemegang saham baru sedang mengambil risiko perniagaan seperti mana-mana pihak dalam bidang pelaburan.

Oleh kerana integriti saya sendiri dipersoalkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa sepanjang hayat saya, tidak pernah saya menerima atau memberi satu sen pun kepada aktiviti rasuah. Saya telah berikrar ini semenjak zaman belia saya, semasa saya mengambil jawatan Presiden kepada Methodist Youth Fellowship, Gereja Methodist Cina Ayer Tawar di mana saya menyaksikan penderitaan orang yang berprinsip di bawah suatu sistem yang beramalan korap.

Penasihat saya, Allahyarham Cik Cheok Bee Lan, oleh kerana pegangan teguh beliau kepada prinsip-prinsip Kristian, terpaksa mengulangi ujian memandu sebanyak 7 kali sebelum mendapat lesen memandu beliau. Inilah hanya kerana beliau enggan menyertai amalan rasuah berleluasa, di mana ‘pakej kelulusan jaminan’ boleh didapati melalui rasuah.

Dengan rendah dirinya, saya mengakui bahawa saya mempunyai banyak lagi kelemahan, tetapi saya tidak boleh membenarkan penimbulan sebarang keraguan terhadap keikhlasan saya dalam menentang rasuah. Kita tidak boleh membenarkan sebarang peralihan perhatian rakyat jelata daripada amalan rasuah yang begitu dahsyat dan jijik diamalkan oleh BN.

Selamat Hari Krismas

24hb Disember 2012

Ngeh Koo Ham 



.


Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Blog List 2

Posting Terkini

Jumlah Pengunjung

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors