PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan
memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6
gram, tiga hari lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak,
dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa
melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara
Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.
Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut
Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut
Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang
membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau
kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili
peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan
seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA.
.
bhenchod123 26p · 219 weeks ago
bhenchod123 26p · 219 weeks ago
hatta mountain tour · 208 weeks ago
Visitors can have a wide range of options to choose from when it comes to living in Hatta. The options can vary from lodge resorts hotels trailers fully equipped caravans farmhouses and much more hatta mountain tour.
https://desertsafaritours.net/hatta-tour
https://hattadubaitour.com/