Tentera berjudi? |
TINDAKAN
lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30
penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina
yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu, Zon
Tanjung Labian, 7 km dari Tanduo.
Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.
Tegas
Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di
Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka
lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.
"Penduduk
Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan
13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan
militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden
yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan
Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap
perasaan dan trauma penduduk kampung.
Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.
Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.
Dalam
pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya
melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di
Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal
siasat.
Sabahkini.net
berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy
yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang
kenderaan ke Bandar Sahabat.
"Saya
ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa,
ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar
daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang
ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar
jam 9 pagi tadi,
Menurut
Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai
nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima
wanita yang masih ditawan pihak militan.
"Saya
lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine,
Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata
lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy
sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. ~ Sabah Kini
.