Umno boleh buat apa sahaja, Umno boleh tipu orang-orang Melayu Umno
sepuas-puas nafsunya, Umno boleh bunuh orang-orang Melayu Islam seperti
yang dilakukannya di Memali, buatlah apa sahaja, ia akan terus berkuasa
kerana nyawa berharganya sentiasa ada. DAP sentiasa ada untuk menyambung
kebuasan kuasa Melayu Umno.
Apabila
orang-orang Melayu Umno tiba-tiba jadi sedar diri dan mahu melawan
Umno, parti itu akan cepat-cepat memberi amaran, "Jangan lawan kami,
nanti DAP akan perintah! Habis orang-orang Melayu Umno!"
DAP
sentiasa menjadi alasan yang sangat convenient dan tersedia kepada Umno.
Orang Melayu Umno pula dengan manja merelakan diri mereka diperbodohkan
Umno.
Sebab itulah ada pemimpin Melayu Umno yang berani
menyatakan mereka tidak perlu lagi undi orang-orang Cina dan India.
Melayu Umno terlalu yakin bahawa ia telah berjaya memperbodohkan
kira-kira 70 peratus orang Melayu Umno untuk menyambung kesedapannya
merembat harta rakyat.
Walaupun paling banyak DAP akan mendapat
kira-kira 57 kerusi sahaja, parti itu tetap dijadikan hantu untuk
menakut-nakutkan orang-orang Melayu Umno. Seolah-olah semua orang Melayu
Umno dalam negara ini akan sua tengkuk untuk diperkudakan oleh DAP jika
ia menang kira-kira 57 kerusi tersebut.
Edit dari Penarik Beca
.