Ketentuan untuk Perkasa telah terpahat.
Ianya ditubuhkan tiga tahun lalu oleh sesumpah politik, Ibrahim Ali.
Harapan untuk terus bernafas mungkin kurang dari dua tahun. Sebagai
satu kemasyghulan kepada orang bukan-Melayu dan ketidakmampuannya
mempengaruhi kaum sendiri, Si Batu Api terkenal Malaysia ini akan
melihat sendiri kemandulan penyertaan ahli ke dalam pertubuhan
pro-Melayu yang dibentuk selepas kejadian pembakaran beberapa gereja
tahun 2010 yang lalu.
Dan samada dia akan menutup warungnya atau tidak, Perkasa terlihat berkecai, akibat pemimpin mereka sendiri yang kekurangan buah fikiran, dinamik dan wawasan untuk perjuangan.
Dan samada dia akan menutup warungnya atau tidak, Perkasa terlihat berkecai, akibat pemimpin mereka sendiri yang kekurangan buah fikiran, dinamik dan wawasan untuk perjuangan.
Namun begitu, dalam pengertian
sebenarnya, Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas menyalahkan
semua orang termasuk orang Melayu di dalam kenyataan terbarunya.
Sewaktu memberikan ucapannya di acara Mesyuarat Agung Tahunan ke-2
pertubuhan itu, Ibrahim mengherdik orang Melayu kerana tidak menyertai
secara beramai-ramai pada acara menentang ‘Kristianisasi’ di negara
ini.
“Sudah jam 4 petang pun, masih kurang
dari 10,000 orang yang hadir. Saya amat malu sebagai seorang Melayu
dan Islam. Ke mana perginya orang Melayu kita?” persoal Ibrahim ketika
menggulung perbahasannya.
Seperti yang
dihujahkan oleh pengamal politik negara, Ibrahim gagal melihat apakah
dia turut boleh dipersalahkan kerana kehadiran orang ramai yang kurang
di acara Himpun yang memainkan isu kaum itu.
Dengan sokongan dari bekas Perdana
Menteri, Mahahtir Mohamad, Perkasa tertubuh dengan gegak-gempita dan
dokongan parti UMNO. Namun, kebergantungan yang tinggi menghantui kaum
dan agama lain tidak difikirkan.
Hampir tiga tahun berlalu dan Perkasa
masih belum mampu mengotakan kata-katanya untuk memperjuangkan hak
kaum Melayu untuk lebih sejahtera. Dari satu sisi yang lain, cara
berpolitik Ibrahim yang merendah-rendahkan UMNO dan seterusnya
ketidakmampuan dalam menuntut kerajaan pimpinan UMNO menggubal
dasar-dasar utama bagi memperbaiki keperluan-keperluan untuk orang
Melayu, adalah kesilapan besar. Orang Melayu yang selama ini diberikan
hak istimewa ekonomi tetap masih antara yang termiskin di dalam
negara.
Betul, Ibrahim Ali patut merasa malu
terhadap diri sendiri kerana menghalau orang Melayu pergi. Ini
menunjukkan masyarakat Melayu menolaknya dan sebagai satu amaran
kepada UMNO yang ia tidak lagi mampu menggunakan taktik lapuk menipu
orang Melayu.
Acara yang dinamakan Perhimpunan Sejuta
Umat Islam itu hanya dihadiri kurang dari 5000 orang di stadium Shah
Alam, apabila dikesan oleh politikus parti itu yang
mempergunakan isu agama sebagai sandaran.
Ibrahim Ali dikatakan sebagai penggalak
utama tetapi selepas penganjur acara menghidu gerak-geri dia dan
beberapa orang lagi pemimpin UMNO seperti Senator Ezam Mohd Nor dan
Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim Zulkifli Nordin, mereka bergegas
dihilangkan dari senarai rasmi penceramah.
Pada ketika itu, ianya sudah agak
terlambat. Himpun dilihat sebagai sebuah acara politik dan bila PAS
mendedahkan yang UMNO cuba menggunakan acara itu untuk sekali lagi
menghidupkan kerajaan perpaduan, orang Melayu rasa tertipu dan tidak
mengambil pusing tentang acara itu lagi.
Sewaktu
mesyuarat Perkasa beberapa tahun dulu, Ibrahim turut merungut yang
orang Melayu hanya tahu meminta-minta untuk ‘sesuatu’ namun tidak
mahu bangun melawan mendapatkan hak mereka. Sekiranya orang Melayu
terus menjadi pasif, mereka akan dibuli dan merana seperti nasib orang
Melayu di Singapura dan Pulau Pinang di mana mereka terpaksa akur
dengan orang Cina.
"Namun bila ada pertemuan atau
perhimpunan, kenapa ini kenapa itu? Apa pengorbanan kita? Berapa jauh
yang sanggup kita lakukan?” kata Ibrahim yang sering menyatakan bahawa
dia neutral dalam politik.
Namun orang Melayu hilang kepercayaan
terhadap Perkasa yang memperjuangkan kaum Melayu kerana tiada
penghasilan dan sering sahaja memperkudakan bangsa dan agama orang
lain dalam kegiatannya. Ramai orang Melayu yang turut malu dengan
kelakuan perkauman Ibrahim dan sahabat-sahabatnya yang langsung tidak
diendahkannya dan malah menyatakan kelakuan ini adalah apa yang
diperlihatkan di dalam jaguh orang Melayu.
Orang Melayu mula menjauhkan diri mereka
dari Ibrahim yang gagal hadir perhimpunan BERSIH 2.0 untuk pilihanraya
bersih dan adil, di mana dia berikrar akan hadir melawan sesiapa
sahaja yang mempersoal hak orang Melayu. Bagi ramai orang Malaysia,
watak yang dimainkan oleh Ibrahim sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 itu
dibuktikan tanpa ragu-ragu yang PERKASA hanyalah alat atau jentera
UMNO untuk melemahkan sesiapa yang menentangnya.
Ibrahim Ali telah berbakti lebih dari
orang lain menongkat pengertian Mahahtir yang orang Melayu itu lemah,
tidak mandiri dan terlalu bergantung kepada pemberian kerajaan dan
jika mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mereka sanggup
menggunakan kekerasan ke atas orang bukan Melayu. Inilah gambaran yang
telah Ibrahim dan Mahathir berikan kepada orang bukan Melayu dan
gambaran yang sama jugalah yang sedang digunapakai oleh dunia luar
tentang orang Melayu di Malaysia.
Sebelum ini Mahathir pernah berkata "Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri."
Sebelum ini Mahathir pernah berkata "Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri."
"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
.