RSS

ZAHID HAMIDI DEDAH KUMPULAN 'TENTERA SIBER' YANG DI SENARAI HITAM!!



Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.  
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.  
“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang, " katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. 
Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. 
Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu. 
Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna. 
"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya. 
Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan – Bernama

Sementara itu... 

Lim Kit Siang nafi bayar 15 juta setahun untuk ‘Red Bean Army’


red bean army list picture blog


DAP menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang cybertrooper digelar ‘Red Bean Army’ oleh Utusan Malaysia yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

Penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam kenyataan hari ini berkata, sekiranya DAP menanggung kos RM15 juta setahun untuk mengupah 200 orang cubertrooper tersebut, seperti didakwa Utusan, bermakna parti itu perlu membayar RM108 juta sejak enam tahun lalu.

“DAP tidak mempunyai wang sebanyak ini walaupun bagi Umno dan BN ia mungkin hanya setitis air di lautan dana mereka mereka.

“DAP tidak membayar satu sen pun kepada mana-mana cybertrooper, tidak seperti Umno dan BN yang menggunakan (jutaan ringgit) untuk menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara untuk mewujudkan tentera cybertrooper berjumlah 10,000 orang sebelum pilihan raya umum ke-13. [Unit Media Baru UMNO]

“Adakah kita patut gelar 10,000 cybertrooper ini ‘Belacan Army’, ‘Ikan Bakar Army’ atay ‘Cincin Army’?,” katanya.

Lim mendakwa beliau tidak pernah mendengar istilah ‘Red Bean Army’ sehinggalah terbaca mengenai perkara itu dalam laporan Utusan beberapa hari lalu.

Katanya, laporan itu mendakwa modus operandi kumpulan tersebut adalah menjalankan serangan dalam talian ke atas mana-mana ahli politik, ahli perniagaan atau penghibur yang dilihat pro-BN.  ~Mkini




.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors