Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan |
Amat
malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun
masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid
an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di
masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di
sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Tidak
seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram,
peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh
pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan |
Umat
Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin
tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari
rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun
yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak
ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil
terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal
Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun
disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah |
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi |
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai |
Kotak bertanda hijau
dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda
Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah
menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan
apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi
untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku |
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi |
.