SEJARAH KITA PERLU TAHU (317-339 Hijrah) 929-952 Masihi. TENTERA SYIAH MENYERANG KAABAH
Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah
Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang
konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian
beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan
memecahkan kepada 8 bahagian kecil. Menarik keluar pintu Kaabah dan
kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya
kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau,
kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk
memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya
hujan) dari atas Kaabah].
Apabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan
saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah
dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan
mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah,
Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya
dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya
kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini
dengan batu yang besar.
Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.
Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.

Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.
Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.
Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.
Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad)).
"kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"
Imam Al-Ghazali berkata: “Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.
Imam Ibn-Taimyah berkata: “Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis."
Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.
Ainul Kubbah di Al Ahsa...di timur semenanjung tanah Arab, runtuh dan terbiar. Tempat yang mereka bangun sebagai pengganti Kaabah, dimana hajar aswad diletakkan. Masyarakat dipaksa berhaji di sana selama 22 tahun...
.