RSS

Utusan Malaysia Juara Temberang



Oleh  Lim Kit Siang 


Saya perlu mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua editor Utusan Malaysia – lidah rasmi UMNO – kerana telah mencapai sesuatu yang tidak akan mampu dicapai oleh media lain di Malaysia. Malah, tidak mudah untuk mencari pesaing Utusan Malaysia dalam dunia kewartawanan di seluruh dunia.

Tidak syak lagi, Utusan Malaysia adalah pembohong bersiri juara yang paling ulung bukan saja di Malaysia, malah juga di peringkat dunia, dan merupakan peneraju Briged Penghapus/Pemusnah DAP atau juga dikenali sebagai DDD (Demolish/Destroy DAP) dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Selama ia menjadi alat utama Briged DDD sejak lapan bulan yang lalu, Utusan Malaysia telah membuat pencapaian luar biasa dari segi jumlah serta tahap pembohongan yang telah dihasilkannya, misalnya laporan muka depan Utusan Malaysia pada Mei 2011 yang menyebut bahawa DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Utusan Malaysia sebagai peneraju Briged DDD telah memecahkan semua rekod pembohongan dengan memenuhkan halaman akhbar itu (dan juga New Straits Times, Berita Harian dan Star) dengan cerita-cerita bohong sejak lapan bulan lalu.

Untuk tujuan jahat ini, Utusan telah merekrut dan melatih sepasukan pembohong bersiri – termasuk dari golongan aristokrat – yang sanggup berbohong tanpa teragak-agak!

Modus operandi Utusan dalam Briged DDD agak unik. Sebelum ini Utusan mungkin secara tidak disengajakan telah menerbitkan pembohongan para pembohong bersiri. Namun, dalam operasi DDD ini para perancang utama Utusan telah mengadun dan menentukan pembohongan dan kepalsuan yang akan diterbitkan atas nama para penggerak yang menjadi anggota pasukan pembohong bersirinya.

Anggota pasukan pembohong bersiri Utusan boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat kategori:
  1. Dari kalangan editor Utusan, memandangkan akhbar ini telah melatih satu generasi pembohong bersiri dan bukannya wartawan;
  2. Ahli DAP yang telah berpaling-tadah dan sanggup menjadi pembohong bersiri untuk mendapatkan habuan tertentu;
  3. Penulis-penulis upahan BN yang diberikan peranan untuk menyebarkan pembohongan yang direka-cipta oleh pemimpin tertinggi DDD; dan
  4. Pembohong bersiri jemputan – akhbar biasanya mempunyai kolumnis jemputan dan penganjur-penganjur acara menampilkan penceramah jemputan, manakala DDD telah mempelopori status baru, “pembohong bersiri jemputan”.
Hari ini, Utusan Malaysia terang-terangan berbohong tentang DAP di muka depan akhbar itu dengan menyebut bahawa DAP sedang mengadakan pemilihan di peringkat cawangan untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh Pendaftar Pertubuhan.

Seperti yang telah dijelaskan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, pemilihan di peringkat cawangan diadakan secara tahunan dan pemilihan untuk tahun ini ditunda dari April/Mei ke Jun disebabkan oleh pilihanraya umum.

Antara pembohongan yang telah disebarkan oleh Utusan Malaysia dan Briged DDD sejak lapan bulan lalu ialah:
  1. Pembohongan bahawa 753 daripada 2,576 perwakilan DAP yang tidak menghadiri Kongres DAP pada 15 Disember tidak dimaklumkan tentang kongres dan telah dinafikan hak untuk memilih dalam Kongres;
  2. Pembohongan bahawa 753 perwakilan ini semuanya berketurunan India. Pembohongan ini dibuat dengan tujuan mengukuhkan citra bahawa sentimen anti-India sedang merebak dalam DAP – padahal hanya 100 orang daripada 753 perwakilan yang tidak hadir itu berketurunan India.
  3. Pembohongan bahawa seorang pemimpin DAP telah cuba merasuah seorang pegawai Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran DAP bagi mengelakkan pemilihan semula parti.
Tidak ada logik pada kempen Briged DDD ini – yang ada hanya kegilaan untuk mencemar dan membusukkan nama DAP. Tetapi Bilik Gerakan Perang Umno/BN yang menempatkan Briged DDD telah gagal sepenuhnya.

Pelaburan besar untuk Briged DDD Umno/BN, dengan Utusan Malaysia sebagai penerajunya, adalah satu pembaziran total kerana ia terbukti tidak berkesan dan malah merugikan jika dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-13.

Ini menggambarkan kedegilan para penggerak Briged DDD di Utusan Malaysia yang tetap mahu mempertahankan pembohongan mereka tentang “Red Bean Army” yang kononnya didanai oleh DAP dan dianggotai oleh 3,000 orang cybertrooper, dengan peruntukan sebanyak RM108 hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu. Pembohongan ini diteruskan kerana ia dapat digunakan sebagai alasan bagi kegagalan besar mereka dari segi taktik dan strategi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Penulis adalah Penasihat Parti Tindakan Demokratik merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah.




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


MCA Hina Islam Bagi Pancing Undi..umNO Diam Bersubahat!!!



Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan politik menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. 

Katanya, UMNO tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan Islam dihina rakan sendiri dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang cuba memancing undi dengan menghina Islam.

Katanya, inilah kerjasama UMNO dan MCA dalam BN yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia dengan memainkan sentimen perkauman dan agama.

“MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam.

“Manakala UMNO pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam iklan The Star pada muka surat 25, hari ini bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

Dalam satu lagi iklan The Star pada muka surat 27, bertajuk “DAP’s UBAH will turn Johor into another Kelantan”, MCA menuduh bahawa kempen UBAH DAP-Pakatan Rakyat akan menjadikan Johor seperti Kelantan.

Menurut Kit Siang, apa yang dimaksudkan MCA adalah ekonomi Johor akan terjejas, industri pelancongan akan berkurangan dan akan mengalami masalah HIV, penagihan dadah, rogol dan air kotor seperti di Kelantan.

Katanya, MCA juga menuduh kualiti hidup rakyat Johor akan terjejas kerana DAP akan bersekongkol dengan PAS untuk menutup pusat hiburan sedangkan dakwaan itu berpunca daripada laporan akhbar yang dikuasai MCA dan BN sendiri.

“Apa yang MCA dan BN cuba sampaikan ialah kerajaan Kelantan pimpinan orang Melayu yang berteraskan Islam dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan akan menjadi Malaysia negara mundur.

“Tetapi MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum. Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah UMNO-BN,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kit Siang yakin pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, akan menolak kempen politik kotor yang dilakukan BN itu.

“Inilah kempen kotor dan kolot BN yang mahu menakutkan pengundi Cina dengan mengutuk PAS dan DAP melalui dakwaan yang tidak berasas.

“Malah, kutukan itu secara langsung dan tidak langsung telah menghina Islam. UMNO yang mengaku wira Islam sepatutnya berani meminta MCA menghentikan kempen yang bersifat menghasut dan fitnah itu,” tambahnya.

Kit Siang berkata, DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan terbabit dengan kempen kotor seperti itu kerana DAP berterus terang, apa yang diucapkan di hadapan pengundi Cina adalah sama dengan apa yang diucapkan kepada pengundi Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Menurutnya, DAP, PAS dan PKR amalkan politik bersih, telus dan sopan, tidak memfitnah, tidak pukul orang, hormati hak asasi manusia dan kebebasan insan.

“Inilah amalan Pakatan Rakyat. Ubah! Ini kalilah!” katanya.  -Roketkini



.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


PRESS RELEASE : PAKATAN LEADERSHIP: LAHAD DATU (BM & ENGLISH)‏




KENYATAAN MEDIA

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Setiausaha Agung PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

MEDIA RELEASE

MARCH 4, 2013


The federal government should now prioritise on guaranteeing our territorial integrity and security

Any leader of any country must defend his nation’s sovereignty and the security of his people.

Failing to do so is a grave betrayal of the people’s trust in its government. Therefore, Pakatan Rakyat urges the present national leadership to do that which is required of them, to defend our land and never to compromise the safety of each and every Malaysian, and the test of those principles is ongoing in and around Sabah’s Lahad Datu and Semporna with the escalating violence brought by armed foreigners.

In Lahad Datu two of members of our security forces have lost their lives, while the latest acts in Semporna have claimed six of our men in uniform. We express our sincere condolences to these men’s families and may God bless them for they have given the highest sacrifice for a grateful nation.

Pakatan Rakyat calls on all Malaysians to show unreserved support to our security forces, both the police and military. And pray that they remain safe while defending our nation and its people from harm.

Pakatan realises the recent incidents in Sabah raise concern and fear, but we urge the public to remain calm and not to act rashly and hurt their fellow countrymen.

The coalition takes this opportunity to restate its confidence in the capacity and capability of our security forces to protect our country’s sovereignty.

We are disappointed with the weak leadership show by the federal government whose responsibility is to keep Malaysia’s security intact.

While we are convinced that national security transcends political divides and all citizens must support the security forces’ efforts, it does not abrogate the federal leadership for its lax treatment of the whole affair.

This leadership has failed to pass accurate information quickly so that the public is aware of what is happening, an error which has caused rumour-mongering to be rife.

 We understand that the government is investigating the leader of opposition to over the armed intrusions in Sabah. We would like to state categorically that Dato’ Seri Anwar Ibrahim is in no way involved with the escalation of violence in Sabah nor the cause of it.

The Sabah intrusion is now into its fourth week (Day 23) — fourth day of hostilities — and the federal leadership appears not to have a clear plan to overcome the violation of our sovereign territory, or to stop any further intrusions. Instead Putrajaya is irresponsibly trying to avert the eyes of the people from its own role.

It is time the federal government realises its jobs is to defend and protect Malaysia, its people and the warriors on the frontline.

Pakatan urges for an immediate meeting between the leadership of our coalition and the prime minister, home minister and defence minister, followed by a special sitting of Parliament to discuss the intrusion.

We strongly demand Putrajaya stops finger-pointing at others especially Pakatan Rakyat and never to betray the trust of the Malaysian people.


Dato’ Seri Anwar Ibrahim            Dato’ Seri Hadi Awang                Lim Kit Siang
Leader of the Opposition                 PAS Presiden                               DAP Adviser





.
.
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


RM30 Hingga RM100 Billion wang Bank Negara Hilang Ketika Era Mahathir Haruslah Di Siasat Segera! - LKS



Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau pernah mengatakan Pakatan Rakyat (PR) patut membuka semula siasatan terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
 
Selain itu, katanya, Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, walaupun 13.3 juta pengundi pada PRU-13 belum membuat keputusan sama ada mereka menyokong cadangan itu, siasatan awam menyeluruh perlu dilakukan kerana kerugian RM100 bilion itu tiada langsung akauntabiliti dan ketelusan malah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa berleluasa selama lebih tiga dekad itu.

“Saya memberi jaminan tidak mahu melihat Mahathir mengalami nasib sama seperti Mubarak atau Gadafi, atau ditahan di penjara tetapi perlu ada perakaunan penuh mengenai kerugian RM100 bilion skandal kewangan selama era Mahathir.

“Sebaliknya mahu melihatkan institusi penting negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, Pejabat Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi dan tunduk mengikut perintah Perdana Menteri yang sehingga kini Malaysia masih belum lagi pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 47 Hari Ke PRU-13, semalam.

Menurutnya, hanya selepas itu Malaysia boleh bermula dengan halaman baru iaitu membina bangsa Malaysia yang hebat yakni yang bersatu, harmoni, berdaya saing, progresif dan makmur.

Beliau berkata, sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal menyatakan secara jujur dan berterus-terang sama ada rakyat Malaysia masih membayar RM100 bilion skandal kewangan yang dilakukan dalam era pemerintahan Mahathir dengan keputusan kerajaan pada 2011 yang menghapuskan RM580 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang diselesaikan “luar mahkamah” antara Danaharta dan GLC lain dengan mengambil kira semua saman yang belum selesai antara mereka.

“Sebelum penyelesaian itu, Tajuddin mendakwa dalam afidavitnya bahawa Mahathir membuatnya membeli MAS pada 1994 bagi menyelamatkan Bank Negara yang mengalami kerugian pertukaran wang asing secara besar-besaran berpunca daripada spekulasi pasaran sebagai “khidmat kepada negara” dengan “Overriding Agreement” untuk membayar gantirugi beliau terhadap sebarang kerugian yang ditanggung.

“Walaupun perkara ini dinafikan Mahathir, perlu ditentukan siapa yang bercakap benar, Mahathir atau Tajuddin dan siapa yang mesti bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 bilion MAS, RM1.8 bilion kerugian pembelian semula 29.09 peratus kepentingan Tajuddin dalam MAS pada harga RM8 seunit berbanding harga pasaran RM3.68 seunit ketika perjanjian ditandatangani pada 20 Disember 2000 diikuti laporan polis MAS dari 2002 bahawa Tajuddin menyebabkan pengangkutan negara kerugian melebihi RM8 bilion,” ujarnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menggangarkan di Parlimen dua dekad lalu bahawa Bank Negara kerugian RM30 bilion daripada skandal pertukaran asing ketika pemerintahan Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, Bank Negara mendakwa kerugian RM10.1 bilion pada 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993 sementara bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop tahun lalu di sebuah forum awam menganggarkan Bank Negara kerugian antara US$27 dan US$33 bilion, lima kali ganda melebihi rizab asingnya dan aset keseluruhan sebanyak US$20.7 bilion pada 1992.

“Terkini portal berita perniagaan yang baru berusia tiga hari, KiniBiz, Jose Barrock melaporkan “Syed Mokhtar eyes Malaysia Airlines” bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kerajaan persekutuan mengambil alih cabang pelaburan negara, 69.3 peratus kepentingan ekuiti Khazanah Nasional Berhad dalam Malaysia Airlines (MAS) termasuk sebahagian daripada subsidi minyak jangka panjang oleh kerajaan untuk 60 tahun.

“Rakyat Malaysia menanti pendedahan sepenuhnya perkembangan terbaru itu dalam kerumitan hubungan korporat-kerajaan, dengan “sumber yang dekat dengan Syed Mokhtar” menafikan terdapat cadangan untuk mengambil alih MAS dengan “dua sumber berlainan” mengesahkan bahawa urusan sedemikian sedang difikirkan,” tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, isu utama mengenai kebimbangan orang ramai terhadap tadbir urus yang baik di Malaysia sama ada membabitkan skandal kewangan lama yang muncul daripada penswastaan secara menyeluruh dan khususnya mengenai penerbangan milik negara yang bermasalah.

“Selain itu, empayar perniagaan Syed Mokhtar dan hutang meganya membimbangkan sama ada ia akan diselamatkan (bail out) kerajaan menggunakan duit pembayar cukai dan sejarah korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di dalam senarai panjang Umnoutra yang diselamatkan dengan tanggungan rakyat sejak berdekad lalu.

“PRU-13 adalah waktu paling sesuai untuk meninjau kembali isu yang membimbangkan orang ramai mengenai akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik.

“Walaupun Najib telah memberi keutamaan untuk akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), semua itu kekal sebagai slogan yang meniti di bibir memandangkan tiada yang berubah dalam bidang itu atau kedudukan rasuah Malaysia seperti digambarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) di bawah Najib lebih buruk berbanding Perdana Menteri sebelumnya – Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah,” katanya.

“Skandal MAS di bawah Najib berterusan sebagaimana Barry Wain, dalam bukunya “Malaysian Maverick”, menggangarkan Malaysia kerugian RM100 bilion di dalam empat skandal kewangan ketika pemerintahan Mahathir.

“Pada PRU-13 nanti, pengundi Malaysia bukan saja perlu menghukum transformasi kosong Najib sepanjang empat tahun lalu, juga menghukum 22 tahun autoritarian dan korup Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 yang ketika ini begitu rancak berkempen,” katanya.  ~Roketkini



.
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


Remaja Bawah Umur Merompak Terang-Terangan! Patutlah Hishammuddin Kata " Fokus Memerangi Jenayah Tidak Perlu! "







Statistik jenayah palsu: Menteri terus membisu

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Ini adalah hari ke lima kabinet masih membisu terhadap pendedahan seorang pegawai polis yang mendedahkan wujudnya manipulasi statistik jenayah yang sengaja dilakukan secara bersistematik dan ia menimbulkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif.

Menggesa agar kerajaan memberi respon segera dan menjelaskan perkara sebenar, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata mungkin sekarang permulaan bagi rakyat Malaysia memahami mengapa Najib mengetengahkan tema “Malaysia yang selamat” dalam mesej Hari Rayanya minggu lepas.

 “Dalam mesej Hari Raya beliau, Perdana Menteri telah berikrar untuk Malaysia yang selamat dengan memberi jaminan kesemua agensi yang bertanggungjawab akan lebih efektif menangani jenayah dan meningkatkan keselamatan negara.

Walaubagaimanapun jelas Kit Siang, kenyataan ini telah menyebabkan dua persoalan utama bermain difikiran rakyat.

“Perlukah beliau berikrar sebegitu rupa setelah 55 tahun mentadbir negara? Lainlah kalau Malaysia tidak lagi menjadi sebuah negara yang selamat samada buat rakyatnya, para pelabur dan pelancong.

“Ucapan bertemakan keselamatan negara Najib agak menghairankan apabila kerajaan mewar-warkan kejayaan hebat dalam Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan NKRA dalam mengurangkan kadar jenayah walaupun rakyat berasa tidak begitu selamat di tempat awam maupun dirumah.

Adakah najib sedar mengenai statistik jenayah yang dipalsukan dalam laporan GTP-NKRA soal ahli Parlimen Ipoh Timor itu lagi.

“Status ‘tiada komen’ daripada Menteri Dalam Negeri Hishammuddin dan menteri-menteri GTP-NKRA
Datuk Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon dalam dakwaan serius berhubung statistik jenayah palsu tersebut memberikan gambaran yang buruk kepada kerajaan menjelang sambutan kemerdekaan ke-55.” ujar beliau.

Katanya, pendedahan pegawai polis tersebut berhubung manipulasi statistik jenayah adalah untuk memberi satu gambaran palsu bahawa kadar jenayah telah menurun secara drastik tetapi keadaan sebenarnya adalah sebaliknya.

“Pegawai Polis ini telah memberikan penjelasan yang baik bagaimana statistik jenayah ini dimanipulasikan untuk mengelirukan rakyat Malaysia mengenai kejayaan GTP dan NKRA dalam memerangi jenayah.”


Menurut Kit Siang, sekitar sepuluh hari yang lalu Hishammuddin telah membuat pengakuan yang memeranjatkan bahawa fokus untuk memerangi jenayah “tidak dianggap sebagai sesuatu yang perlu” bagi kerajaan.

“Ini merupakan pengakuan cuai dalam tugas Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Dengan tindakan Hishammuddin yang terus berdiam diri berhubung dakwaan tersebut, beliau telah membuktikan pengumuman beliau baru-baru ini untuk menjadikan usaha memerangi jenayah satu “keutamaan” kerajaan adalah palsu. ” ujarnya.

Beberapa hari lalu, pendedahan yang dibuat oleh pegawai polis yang menggelar dirinya “Sumun Osram” telah memberikan kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pendedahannya, beliau berkata bahawa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks dengan cara ketika laporan polis dibuat dimana klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai ‘bukan-indeks’ bagi tujuan perangkaan dan ia seterusnya mengurangkan jumlah jenayah indeks.

Justeru ujarnya, mungkin inilah jawapan kepada misteri tiga tahun mengapa rakyat Malaysia dibelenggu perasaan takut dan tidak selamat terhadap peningkatan kadar jenayah sedangkan kenyataan rasmi melaporkan perkara yang sebaliknya.


“Sekiranya dakwaan pegawai polis berhubung manipulasi statistik jenayah adalah benar, ini bererti pihak polis mesti diberi kebenaran untuk mendedahkan statistik jenayah yang tepat dan jujur berbanding dengan beberapa tahun yang lepas.

“Ia tidak lain demi mengukuhkan keyakinan orang awam terhadap pihak polis sebagai satu badan yang profesional, berintegriti dan bebas.” ujar Kit Siang.


.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Lantik "RAJA PORNO" Jadi Presiden umno, DAP Tibai Mahathir



SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai "lidah bercadang" agar menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden Umno.

"Ada dicadangkan agar respons kepada cadangan Tun Dr Mahathir bahawa saya sepatutnya dijadikan Presiden Pas, adalah sama ada Mahathir akan mengesyorkan agar Datuk Seri Chua Soi Lek  menjadi Presiden Umno," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir ekoran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang bersetuju jawatan Timbalan Presiden Pas dipegang oleh bukan Islam jika ada tuntutan dan keperluan.


“Apapun, kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan semua ‘Tun serta anak dan cucu’ mereka perlu disiasat ekoran dakwaan negara kehilangan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya lebih menarik perhatian saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ahli Parlimen veteran ini berkata, semua Tun dari zaman Dr Mahathir seharusnya bersuara sama ada mereka bersedia menyokong penyiasatan penuh kehilangan wang ini sepanjang pemerintahan Perdana Menteri ke empat.


“Biarlah (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik dan Tun Lim Keng Yaik bersuara sama ada menyokong atau tidak (penyiasatan ini),” katanya.


Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir sama ada ia melibatkan semua bekas Perdana Menteri termasuk anak mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan sekarang.


“Biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap dan menjelaskan perkara ini, mereka berdua anak Perdana Menteri kedua dan ketiga,” katanya.

Jelas Kit Siang lagi, dengan kenyataan Dr Mahathir itu, adakah beliau benar-benar sudah bersedia disiasat bersama-sama dengan semua berpangkat Tun serta anak dan cucu mereka.

“Tun serta anak dan cucu yang lain tidak akan sesekali bersetuju dengan sebarang penyiasatan penuh yang dicadangkan ini. Jadi adakah Dr Mahathir terlalu yakin bahawa beliau akan memperoleh kekebalan dan sewenang-wenangnya bebas dari dakwaan kehilangan RM100 bilion ini?”
katanya.



.
Continue Reading... Labels: , , ,


5 Soalan Twitter Kit Siang kepada NFC




KUALA LUMPUR, 10 FEB:  DAP kesal dengan “jawapan” Ketua Pegawai Eksekutif NFCorp Wan Shahinur Izmir Salleh yang hanya bersifat mengelak daripada mendedahkan isu sebenar tentang skandal “kondo lembu” RM330juta NFC kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengemukakan lima soalan melalui Twitter kepada Wan Shahinur serta pihak-pihak yang terlibat dengan skandal tersebut:

1. Adakah anda mengakui tanggungjawab awam? Sila isytiharkan kepada orang ramai perjanjian pinjaman tersebut untuk membuktikan anda boleh berbuat apa sahaja dengan pinjaman tersebut.

2. Adakah anda menolak dakwaan bahawa ahli keluarga Shahrizat dibayar RM215,000 sebulan? Sila beri butiran gaji dan keistimewaan yang setiap ahli keluarga dapat setiap bulan.

3. Apakah respon anda terhadap setiap satu dakwaan kondo mewah, tanah, percutian keluarga dan pembayaran kad kredit? Mengapa mengelak?

4. Adakah anda bersetuju bahawa anda telah menjatuhkan kredibiliti kerajaan Najib? Adakah anda akan bersetuju untuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal NFC?

5. Adakah keistimewaan atau hak untuk melabur untuk kepentingan syarikat juga termasuk hak untuk memijak kepentingan awam dan nasional?

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengulas kenyataan Wan Shahinur yang dipetik sebagai berkata bahawa isu NFC dalam menguruskan dana pinjaman RM250juta adalah tangunggjawab syarikat untuk menggunakannya dan mentadbirnya.

Wan Shahinur juga dilaporkan mengakui bahawa ia adalah hak (prerogative) syarikatnya untuk melabur di mana-mana untuk kepentingan syarikat.

Kit Siang menempelak Wan Shahinur dengan mempersoalkan: “Adakah dakwaan yang mengejutkan ini benar? Iaitu NFC telah diberikan cek kosong untuk membuat apa sahaja yang disukai dengan pinjaman RM250juta daripada Kementerian Kewangan meskipun ia tiada kaitan dengan projek “impak tinggi” NFC untuk mempromosi kebergantungan mandiri untuk sumber daging di negara ini?”

Menurutnya, jika benar dakwaan itu, “tuan politik” yang lampau bertanggungjawab terhadap keputusan ini.

Tambah beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semasa projek diluluskan atau Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi  Jawatankuasa Kabinet untuk Projek-projek Impak Tinggi atau pun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Menteri Pertanian seharusnya dipanggil oleh Jawatanakuasa Kira-Kira Wang Awam Parlimen (PAC) untuk mencari kebenaran.

“Jika tidak benar, maka ia merupakan tanggungjawab PAC untuk menyiasat hal ini dan melaporkan pada Parlimen apabila bermulanya persidangan pada 12 Mac,” ujarnya.

Kit Siang juga mendesak Datuk Seri Azmi Khalid supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC sekiranya beliau tidak sanggup untuk mengadakan mesyuarat khas bagi menyiasat skandal “kondo lembu” RM330juta NFC. – Roketkini.com



.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors