RSS

UMNO/BN biaya Pasukan DDD untuk musnahkan DAP



Konspirasi yang dibiayai UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk memburuk dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) yang dikawal “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN telah digerakkan pada September tahun lalu iaitu lapan bulan sebelum Parlimen dibubar pada April lalu. 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, hasil siasatan juga menunjukkan konspirasi itu bukan dimulakan pada Januari seperti yang disangkakan sebelum ini.

Katanya, dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu juga satu daripada tugas Pasukan “DDD” yang penuh rahsia itu.

Tugas lain Pasukan “DDD” melalui pembohongan dan penipuan termasuk membangkitkan kesangsian dalam konflik dan perselisihan dalam DAP, memburuk dan merosakkan kredibiliti, integriti dan keyakinan orang ramai terhadap pemimpin DAP dan menggambarkan imej DAP sebagai parti cauvinis Cina yang anti Melayu dan India serta menerajui kempen serampang tiga mata membabitkan ahli, bekas aktivis parti dan orang luar untuk menuntut pembatalan DAP atas alasan palsu berlakunya penyelewengan dalam pemilihan parti.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata gerak Pasukan DDD dengan pembiayaan tanpa had dikawal terus dari “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN melancarkan serangan serampang tiga mata terhadap DAP sejak September tahun lalu.

Katanya, antaranya melalui jelajah ceramah dan makan malam seluruh negara untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP, kempen tidak bertanggungjawab dan tidak berprinsip yang berpanjangan dengan menyebar pembohongan dan penipuan menerusi media kawalan UMNO/BN iaitu Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star.

Katanya, Pasukan DDD juga mempunyai beberapa objektif, termasuk memastikan DAP tewas dan MCA dipilih semula di Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Selangor, membantu BN menawan semula Selangor dan menjejaskan usaha DAP pada PRU negara.

Bagaimanapun, menurutnya, Pasukan DDD adalah satu kegagalan teruk, kerana MCA/BN bukan saja tewas di Sungai Pelek, malah calon DAP, Lai Nyuk Lan berjaya memperoleh kemenangan besar, menukar majoriti 1,572 undi MCA pada 2008 menjadi majoriti 1,972 undi DAP pada PRU-13.

“Di Selangor, DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 13 pada 2008 kepada 15 pada 2013 manakala di peringkat nasional kerusi Parlimen DAP meningkat daripada 28 pada 2008 kepada 38 pada PRU-13.

“Analisis terhadap pembohongan dan penipuan yang digerakkan Pasukan DDD itu menunjukkan kebejatan yang “Bilik Perang” UMNO/BN yang sanggup menyokong demi meroboh dan memusnahkan DAP, benar-benar mereka hilang semua penghormatan ke atas kebenaran, keadilan dan etika,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Lagi di SINI dan di SINI





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors