RSS

Lee Kuan Yew Puji Najib, Sama-sama Anti Islam?


Bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew yang anti Islam dan menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pemimpin rasional.

Yakni pemimpin yang memahami hakikat Malaysia memperoleh manfaat daripada kerjasama dengan negara jiran di selatan itu, tetapi berhadapan dengan hambatan emosi masyarakat Melayu.

“Perdana Menteri Najib Razak seorang pemimpin rasional. Beliau mahu bekerjasama dengan kami sebab beliau melihat faedah bagi Malaysia.

“Bagaimanapun beliau perlu berhadapan dengan emosi peringkat domestik, seperti ahli-ahli politik di mana-mana negara,” kata beliau dalam buku terbarunya “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”.

Buku setebal 458 halaman itu diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun ini dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor Singapura itu yang dikendalikan antara Disember 2008 dan Oktober 2009. Lee juga berkata, politik Malaysia yang meletakkan kaum Melayu di atas berbanding kaum-kaum lain akan terus kekal sebagai halangan dalam membina hubungan dua halangan yang mesra dengan Singapura.

Sebelum itu, pandangan itu sebahagian daripada buku terbaru Lee yang turut meminta Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Islam dan NGO Melayu negara ini sejak awal minggu ini. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa bukan Muslim agar tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan agama rasmi negara ini.

“Nampaknya bukan Muslim cuba mengajar Islam mengenai ajaran Islam,” kata Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Mohd Roslan Mohd Nor.
Barisan NGO itu yang diketuai oleh PUM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut mengecam kenyataan Lee itu.

“Kenyataan beliau kelihatan anti-Islam dan menggambarkan Islamofobia, yang tidak berasas dan tidak berasaskan pada fakta sejarah dan realiti semasa,” kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataan media.

Mohd Roslan juga menyentuh isu bersalam yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengkritik calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang menurutnya enggan bersalam dengan kaum lelaki dan didakwa amalannya itu tidak boleh diterima oleh masyarakat Cina di Labis.

“Umat Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Muslim dalam soal-soal agama,” kata Mohd Roslan sambil berkata, umat Islam juga tidak mempersoalkan amalan-amalan agama lain.

Mohamad Raimi berkata meskipun kebanyakan Muslim di rantau ini bersikap moderat dan mengutamakan keamanan, Lee mengambil sikap melangkah ke belakang dengan mengutarakan komen-komen yang sedemikian, tindakan yang mencetuskan reaksi negatif di kalangan kumpulan Islam yang radikal. Mohd Roslan berkata isu permintaan agar laungan azan diperlahankan dan larangan pekerja Islam menjual minuman keras adalah antara contoh bukan Islam mencampuri hal ehwal umat Islam.


0 Responses to "Lee Kuan Yew Puji Najib, Sama-sama Anti Islam?"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors