RSS

Tunisia: Negara Mafia Dibawah Telunjuk CIA


Tersungkurnya Ben Ali membongkar pekung regim yang korup di dunia Arab. Regim yang mentadbir negara tak ubah seperti organisasi 'mafia'. Negara diperintah penguasa yang hanya memberikan kekuasaan dan kekayaan kepada keluarga serta para kroni, tak jauh bezanya seperti organisasi mafia.

Kekayaan negara hanya dimiliki oleh mereka  yang rapat dengan para menteri dan pemimpin, kaum kerabat serta kroni. Tidak untuk dinikmati oleh rakyat yang majoritinya hidup miskin serta melarat. Ianya tak ubah seperti seperti organisasi mafia. Jabatan-jabatan serta Jentera Kerajaan dipergunakan serakusnya demi melindungi kepentingan mereka .
Angkatan tentera, polis, perisikan dan kementerian, semuanya dibaruakan agar berkhidmat demi mereka. Inilah wajah sebenar para pemimpin dan kerajaan didunia Arab. 

Disebabkan itu pemimpin-pemimpin Arab tampa segan silu melakukan kekejaman demi mengaut kekayaan serta melindungi kroni mereka demi mengekalkan kuasa.

Hakikatnya pemerintah dan regim di seluruh dunia Arab,  presiden dan raja kesemuanya disokong oleh AS dan Barat. Tak menghairankan pemimpin-pemimpin Arab  mempunyai hubungan baik dengan Israel dan dalam masa yang sama menghancurkan  Gerakan Islam dan para ulama. Sikap mereka yang demikian tak lain atas telunjuk kuasa barat.  

Mereka adalah regim sekular  yang tidak mengenal agama. Walau pun mereka berjubah, berserban berkopiah tetapi disebaliknya mereka menentang Islam, dan  mereka adalah sekutu Israel yang disokong Barat.

Regim-regim Arab hampir kesemuanya mempunyai hubungan  dengan Israel melalui berbagai bentuk kerjasama. 

Mereka membelanjakan harta kekayaan negara yang mencecah trilion dolar demi menjaga hati sekutu mereka AS dan Israel. 

Dalam masa yang sama  kedua negara itu mengirim mesin perang yang akhirnya digunakan membunuh rakyat arab dan Islam itu sendiri. 
Mereka tidak lagi terikat dengan Magna Carta yang berkait dengan hak-hak asasi manusia, mereka menggunakan undang-undang mafia yang disebut La Cosa Nostra. 

La Cosa Nostra ialah sebuah organisasi mafia, yang terkenal menggunakan  kekerasan dan keganasan untuk mendapatkan kekuasaan dan kekayaan demi keluarga mereka.

Rakyat dibiarkan menganggur dan  miskin malah ada yang terpaksa mengikat perut. Tinggal di lorong-lorong yang gelap dan setinggan tampa kemudahan asas. 

Mengabaikan generasi muda hidup dalam kekecewaan tampa harapan serta masa depan, yang mengintai kehidupan yang lebih sempurna.

Dalam masa yang sama  Ben Ali dan Leila, isterinya yang 'molek' hidup di istana pinggiran pantai dengan rumah yang dirbuat dari marmar buatan Itali, dilengkapi pendingin dan menghadap ke laut Mediterenean. 

Menatapi pemandangan laut lepas sambil menikmati juadah makanan yang disediakan para dayang mereka dengan makanan yang diimpot terus dari Eropah.

Tidak memeranjatkan anak-anak muda yang berusia sekitar 30an  menderita dan tidak mempunyai banyak  pilihan, malah ada yang telah  membakar diri sebagai bentuk penentangan dan bantahan terhadap regim yang besikap seperti mafia itu. 

Maka bermulalah dari Tunisia, Mesir, Mauritania serta beberapa negara Arab yang lain mula  melaungkankan slogan 'revolusi' dan 'reformasi' menentang regim-regim yang korup. Mereka sudah tidak mampu lagi bertahan dengan kehidupan yang mereka yang melarat serta penuh kedaifan

Siapa Ben Ali? 

Ben ali adalah Ketua Badan Perisikan Tunisia di tahun 1980, yang menjadi 'barua' CIA, yang melaksanakan perintah CIA, melakukan pembunuhan tokoh-tokoh PLO, dan Gerakan An-Nahdahn, yang ingin menegakkan 
prinsip-prinsip Islam. 

Ben Ali menumbangkan Habib Bourgouiba yang sudah tua dan uzur. Bourgouiba memegang tampuk kekuasaan selama tiga dekad. Tokoh ini sangat sekular dan menyokong Soviet Union.

Pasca peristiwa 11/9 yang lalu, Ben Ali melaksanakan semua perintah CIA dengan menghancurkan unsur-unsur gerakan Islam di Tunisia dengan kekerasan serta kekejaman. 

Dengan menggunakan senjata, Ben Ali yang pernah menjadi ketua badan perisikan itu menghancurkan habis kumpulan pergerakan Islam yang menentang kekuasaanya. 

Ben Ali akhirnya terjerat dalam perangkap CIA dalam peperangan global menentang pengganas yang semuanya adalah didalangi AS sendiri.

Atas alasan memerangi pengganas, Ben Ali mengekang serta menghapuskan parti pembangkang, terutamanya dari kalangan Parti berhaluan Islam yang dianggap menjadi ancaman serius boneka CIA ini. 

Dengan kekuatan tentera, polis, dan badan perisikan Tunisia, Ben Ali mengawal pemerintahan negara secara efektif. 

Ben Ali dan Leila tidak akan membiarkan siapapun yang mengancam kekuasaannya. Maka yang sedemikian kekuasaan Ben Ali tak ubah seperti 'gangster', yang akan memusnahkan siapapun dengan mudah yang mengancam mereka dengan kekuatan senjata. Jika dilihat keluarga Ben Ali dan Leila itu tak ubah seperti menonton sebuah film 'gangster'.


Leila seorang janda yang dulunya seorang pendandan rambut yang 'cantik molek', berjaya membuat Ben Ali  melutut padanya.  Ben Ali, yang telah mencecah 74 tahun manakala Leila masih berumur 53 tahun akhirnya berkahwin. Leila mula berangan  akan menggantikan Ben Ali suatu masa nanti. 

Dengan dibantu sejumlah anggota tentera dan sokongan CIA, Leila mula mengambil alih kekuasaan Ben Ali. Tetapi, sayangnya rakyat yang tertindas memberontak dan pemberontakan yang tidak lagi dapat dikawal meruntuhkan regim Ben Ali. Ben Ali dan Leila serta anak-beranak mereka  sekeluarga terpaksa melarikan diri dengan membawa bersama harta bernilai termasuk bertan-tan emas keluar negara.

Diwaktu hari-hari yang indah dahulu, Ben Ali dan Leila, menikmati palayaran pantai dengan menggunakan sebuah yacht yang sangat mewah yang dibeli pada tahun 2006 berharga $ 3 juta dolar, mengelilingi pantai Corsica. Sesungguhnya Ben Ali dan Leila serta kaum keluarganya merupakan keluarga mafia yang didukung CIA.






0 Responses to "Tunisia: Negara Mafia Dibawah Telunjuk CIA"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors