RSS

Pergolakan Mesir: Pemimpin Zionis Israel Bimbang



Tel Aviv - Jan 30 - Perdana Menteri Israel semalam berkata bahawa perjanjian damai selama tiga dekad dengan jirannya Mesir harus dijaga, dalam kenyataan umum pertama beliau yang merujuk pada pergolakan politik negara jiran, Mesir yang juga sekutunya.

Para pegawai Israel yang selama ini hanya membisu mengenai pergolakan di Mesir yang dipimpin regim autokratik Presiden Hosni Mubarak, sekutu Israel yang paling akrab

"Kerajaan Israel bimbang dengan perkembangan di Mesir dan negara arab serantau yang lain," kata Benjamin Netanyahu persidangan mingguan kabinetnya di Tel Aviv.

"Israel dan Mesir telah berdamai selama lebih dari tiga dekad dan tujuan kami adalah untuk memastikan bahawa hubungan ini harus dipertahankan," katanya.

"Pada masa ini, kita harus memikul tanggung jawab, bersabar dan berwaspada." ujarnya lagi.

Israel memeterai perjanjian damai bersejarah dengan Anwar Sadat pada tahun 1979.
Mubarak yang mengambil alih kuasa selepas Sadat dibunuh pada tahun 1981 telah meneruskan perjanjian damai tersebut, menjadikan Mesir faktor penting kesetabilan rantau tersebut. Perjanjian damai itu juga menyaksikan kedua pihak menarik kembali tentera masing-masing dari sempadan kedua-dua negara.

Israel memantau secara serius perkembangan yang sedang berlaku dinegara jirannya, dan beberapa ulasan menyatakan kebimbangan bahawa pemerintah yang baru boleh membatalkan perjanjian damai tersebut dan meneruskan konflik dengan Israel. Sebelum perjanjian damai terjalin kedua negara tersebut telah terlibat dalam peperangan antara dua negara tersebut sebanyak empat kali.

Rakyat Mesir mendesak Mubarak berundur dengan berdemonstrasi jalanan sejak minggu lalu dan protes itu telah merebak keseluruh negara. Pendemontrasi telah bertempur dengan polis serta membakar bangunan-bangunan kerajaan setelah pihak keselamatan gagal mengawal keadaan.


0 Responses to "Pergolakan Mesir: Pemimpin Zionis Israel Bimbang"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors