RSS

Gerakan Islam dituduh sebagai tali barut penjajah




 


Oleh Abu Firdaus

Ada pihak yang mengungkit kisah lama revolusi Februari 1952 di Mesir dengan menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah tali barut penjajah Britain walaupun gerakan Islam itu bekerjasama dengan Pegawai Bebas pimpinan Mohamad Naguib dan Gamal Nasser serta Parti Komunis Mesir menggulingkan Raja Farouk dan menubuhkan republik.



Sementara dalam sejarah Indonesia pula, ketika Sukarno berkuasa, parti Islam, Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) juga dituduh sebagai tali barut penjajah Amerika Syarikat kerana menentang kepimpinan nasionalis negara itu.

Di India, Jamaah Tabligh juga dituduh sebagai tali barut penjajah Inggeris kerana enggan bangkit bersama golongan nasionalis Parti Kongres menentang Britain. Di Malaysia pula, ada pemimpin nasionalis yang menuduh para ulama yang berkaitan PAS sebagai tali barut penjajah Inggeris dan menghalang kemerdekaan. Adakah gerakan Islam menyebelahi penjajah dalam tahun-tahun perjuangan kemerdekaan 1950-an dahulu? 

Ikhwanul Muslimin dengan tunjuk ajar Hassan Al-Banna dan Syed Qutb adalah jelas tidak memihak kepada penjajah British yang amat mempengaruhi Parti Wafd yang memerintah ketikla zaman Raja Farouk itu.

Mereka juga turut berjihad menentang Israel bersama tentera Mesir yang sudah tentunya menunjukkan ia bukan tali barut. Lagipun Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan Pegawai Berbas melancarkan revolusi menggulingkan pemerintahan diraja dan Parti Wafd yang tunduk kepada pihak penjajah.

Begitu juga dengan Masyumi. Walaupun Amerika memberikan sokongan kepada Masyumi bagi menentang Sukarno, itu tidak bermakna parti Islam tali barut penjajah. Sebaliknya Masyumi mahu mempertahankan kemerdekaan Indonesia daripada dipengaruh oleh Moscow dan Beijing yang melihat Sukarno sebagai sekutu kuat mereak untuk memperluaskan kuasa komuinisme.

Sementara di India pula, orang Islam di sana, berganding bahu dengan Parti Kongres berjuang juga untuk kemerdekaan negara. Tetapi tentunya orang Islam bimbang terhadap kedudukan dan nasib mereka jika menjadi minority yang lemah. Maka mereka mengharapkan penjajah Britain akan menjadi pengimbang atau pelindung bagi mereka.

Di Malaysia pula, PAS yang dilihat sebagai lahir daripada kumpulan dalam Umno yang menyokong Datuk Onn Jaafar dianggap sebagai tali barut British. Ini kerana Datuk Onn sendiri juga dianggap tali barut British. Tetapi tuduhan bahawa ulama di Malaysia adalah tali barut Inggeris timbul lebih awal lagi.

Maka dikatakan bahawa ulama-ulama tradisional yang mendokong raja-raja Melayu memberi sokongan supaya British terus kekal menguasai negeri-negeri Islam ini. Tuduhan dan fitnah boleh timbul jika suasana ketika itu tidak difahami betul-betul. Namun begitru sifat sejarah adalah terbukan kepada pelbagai tafsiran. Ini kerana ahli sejarah yang menganalisisnya kemudian hidup pada zaman yang jauh terkemudian. Tafsiran tyidak semestinya realiti.

Namun begitu hakikatnya, ulama Kaum Muda termasuk penggerak majalah Al-Imam yang membela Islam mempunyai semangat untuk menentang penjajah. Selepas Jepun menyerah kalah, ulama umpamanya di Gunung Semanggol menubuhkan Hizbul Muslimin. Sementara Dr Burhanuddin Al-Hilmy yang menjadi presiden pertama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah pejuang kemerdekaan. Beliau kemudian memimpin PAS.

Golongan kiri ini kemudian dibimbangi oleh Datuk Onn kerana sifat mereka yang radikal. Namun Datuk Onn yang kemudian mendapat sokongan banyak ulama adalah pejuang kemerdekaan. Tidak timbul soal tali barut penjajah.

Sementara di dunia Arab, penjajah masuk menjarah apabila Khilafah Uthmaniah tumbang. Kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Uthmaniah yang berpusat di Istanbul melahirkan gerakan-gerakan nasionalis Arab. Mereka ini mendapatt sokongan penjajah Inggeris yang mahu menumbangkan Khilafah Uthmaniah. Dalam hal ini, siapa yang menyokong penjajah? Para nasionalis Arab atau gerakan Islam yang cuba mempertahankan khalifah?

Bagi para nasionalis Arab, khalifah Uthmaniah itu adalah penjajah, maka mereka berjuang membebaskan bumi Arab daripada penjajahan Turki. Tetapi bagi gerakan Islam, apa yang mereka lakukan adalah meruntuhkan institusi khalifah Islam dan terperangkap dalam cengkaman penjajah Inggeris dan Perancis pada zaman itu.

Justeru masa Mesir di bawah Muhammad Ali bebas daripada Khalifah Uthmaniah dan menubuhkan negara moden, ia dikuasai pula oleh Britain dan Perancis hinggakan Terusan Suez pun terlepas daripada kedaulatan Kaherah. 

Maka dalam ekadaan terjajah inilah gerakan Islam berganding bahu dengan nasionalis Arab dan komunis menggulingkan raja mereka. Tetapi selepas menang, para nasionalis mengetepikan gerakan Islam dan pihak komunis. Pada masa itu ketiga-tiga pihak tidak berminat untuk memperkenalkan demokrasi.

Parti Komunis Mesir mahu menubuhkan negara komunis. Gerakan Islam tentunya mahu menubuhkan Negara Islam dan nasionalis Arab pula mahu negara sekular, sosialis, mungkin fasis tetapi bukan komunis. Di sinilah fahaman nasionalis kiri bertembung dengan gerakan Islam.

Sepanjang pemerintahan rejim nasionalis kiri Arab dari Gamal Nasser hinggakan Hosni Mubarak, mereka telah menangkap, menyeksa dan membunuh anggota Ikhwanul Muslimin. Kekejaman mereka mendorong lahirnya goloingan militan dan pengganas. Kemudian mereka mendakwa sebagai pelindung rakyat Mesir dan memfitnah Ikhwanul Muslimin kononnya sebagai tali barut penjajah. Tetapi hakikatnya nasionalis kiri Arab itu tali barut Moscow, Washington dan akhirnya rejim Tel Aviv.


1 Responses to "Gerakan Islam dituduh sebagai tali barut penjajah"
Roslan Alan said...

syukran Ibnu Yassir...
blog sahabat benar2 bagus..
banyak info tentang Islam semasa..
Jazakallahu khair...


February 23, 2011 at 9:55 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors