RSS

Rakyat Diingat Jangan Lupa Budi Dan Jasa Pemimpin Terdahulu.... Kah..Kah..Kah....



JASIN, 21 Feb (Bernama) -- Rakyat diingatkan agar tidak melupai jasa perjuangan pemimpin terdahulu serta sumbangan kerajaan terhadap kemajuan yang dicapai negara sekarang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kemajuan yang dilihat dan dinikmati rakyat sekarang adalah hasil kesungguhan perjuangan mereka sejak negara mencapai kemerdekaan.

"Negeri Melaka khususnya telah dibina tidak putus-putus melalui sumbangan budi, khidmat cemerlang pemimpin negeri dan persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia dan Kenduri Asam Pedas di rumah penduduk Kampung Pengkalan Samak, Merlimau dekat sini, malam Isnin.

Beliau berkata dalam perjuangan tersebut terkandung beberapa nilai hidup yang amat murni iaitu mengenal budi dan meneruskan hidup dengan membela nasib rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

"Ini tidak dapat diwujudkan di kalangan parti pembangkang kerana mereka hanya rakus untuk mendapat kuasa tetapi tidak ada cara untuk memperbaiki budi dan perkhidmatan itu agar berterusan," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar jangan cuba menukar kerajaan yang telah banyak menabur bakti dan yang akan terus membela nasib mereka demi masa depan generasi akan datang.

"Mengganti selera dengan makanan ulam petai dengan ulam jering atau rebus ubi dengan nasi berkuah kuning boleh tetapi soal kuasa kita harus berfikir dalam.

"Ini adalah kuasa bukan seperti yang dibenci rakyat timur tengah tetapi ini dari sejarah, kita membukti kepada dunia, kita telah memimpin dan membela rakyat," katanya.

Beliau berharap rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau tidak terpedaya dengan tomahan parti pembangkang terhadap kerajaan dalam usaha mereka meraih sokongan politik.


Jeng..jeng..jeng.....   mungkin Rais sendiri terlupa apa yang dikatakannya semasa beliau berada didalam Semangat 46 dulu....


UMNO MELUCUTKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

Menjadikan Raja-raja Melayu sebagai budak suruhan UMNO. Perkara ini dibangkitkan oleh Rais Yatim semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden parti SM46 [Ahmad Lutfi Othman, Mahathir Khianat Melayu, 1994, ms: 67 – 72]. 

Menurut beliau lagi, UMNO pimpinan mantan PM ke-4 langkah jahat untuk memecahkan dan menghapuskan kuasa raja bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan.

Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Sultan Pahang merupakan Raja Melayu yang pertama yang dibicarakan di Mahkamah Khas ditubuhkan khas mengikut Perlembagaan yang dipinda itu oleh seorang wanita warga Negara Singapura berkaitan dengan isu pembalakan di Pahang, tetapi Mahkamah tersebut menolaknya kerana wanita itu didapati tidak mempunyai prima facie kerana beliau bukan warga Negara Malaysia. Di samping itu, Undang-undang draconian seperti Undang-undang ISA, OSA, Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan lain-lainnya yang seangkatan dengan Undang-undang ini dipinda dan diperketatkan untuk kepentingan UMNO.

Simbol ketuanan Melayu telah hancur akibat UMNO membuat pindaan terhadap Perlembagaan Perkara-perkara 38 yang berkaitan dengan kedudukan Majlis Raja-raja, Perkara 153 berkaitan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu, Perkara 159[5] berkaitan dengan sebarang pindaan terhadap kedaulatan dan institusi Raja-raja mestilah terlebih dahulu mendapat perkenan oleh Raja-raja Melayu telah menjadi tidak bernilai lagi, Perkara 160 mengenai kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan terakhir Perkara 181 berkaitan kedaulatan Raja-raja telah dihapuskan.

Bahasa Melayu telah dipinggirkan. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.


Arakian benarlah kata Tun Perak, sebesar tempurung pun PKR atau PAS itu parti politik juga namanya, kerana Orangkaya Dato' Dr Rais dalam UMNO pun sudah dibuang orang, adanya. Sebab itu dibuat orang pantun:

Mari kita bakar jambatan
Sudah dibakar padamkan api
Memang Anwar anak jantan
Lagi dicabar tak mahu ke tepi


0 Responses to "Rakyat Diingat Jangan Lupa Budi Dan Jasa Pemimpin Terdahulu.... Kah..Kah..Kah...."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors