RSS

Anak Lelaki Ayah Pin Antara Pelajar Cemerlang STPM


Ariffin Muhamad @ Ayah Pin

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Anak Arifin Mohamad atau 'Ayah Pin' adalah antara 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Terengganu.

Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan Sastera.

Anak keempat daripada enam adik beradik itu tidak menjadikan kontroversi yang berkisar mengenai ayahnya sebagai halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

"Apa yang berlaku ke atas ayah saya, saya tidak ambil kisah dan ia tidak mengganggu pelajaran saya. Sudah enam tahun saya tidak jumpa ayah dan ibu yang banyak memberikan saya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan supaya dapat mengubah nasib kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di sekolahnya hari Isnin.

Mohd Khairul Adhar memperuntukkan masa selama lima jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain menyertai diskusi kumpulan dengan rakan sekelas. Dengan pencapaian yang cemerlang itu, Mohd Khairul menyimpan hasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


-- BERNAMA


0 Responses to "Anak Lelaki Ayah Pin Antara Pelajar Cemerlang STPM"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors