RSS

Pengikut aliran mazhab maliki bebas memelihara anjing?


Manusia memelihara anjing sejak zaman duduk gua lagi,anjing antara haiwan peliharaan pertama manusia. Islam dengan berbagai mahzab dan aliran mempunyai berbagai pandangan memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan dari yang sekeras-kerasnya yang mengharamkan kepada hanya makruh, siapa yang yakin pendapat makruh yang betul maka teruskan niat anda, Islam itu memudahkan. Dinegara-negara arab yang kaya raya kini sudah trend membela anjing peliharaan walaupun jarang kelihatan tetapi makin bertambah.


Baru-baru ini saya telah pergi berkunjung kerumah kawan isteri saya "Open House" di Pulau Pinang. Kawan isteri saya ni N bukan nama sebenar telah berkahwin dengan seorang free thinker masuk islam lebih lima tahun. Mereka adalah pasangan suami isteri yang baik berpendidikan tinggi serta menghormati orang-orang tua dan kawan-kawan mereka.Mereka mendiami sebuah rumah double storey yang besar. mengkagumkan
 

Apa yang membuat saya terkezut, mereka ade membela seekor anjing yang mereka jumpa dan sekarang ini anjing itu telah menjadi kesayangan mereka dan mereka mengambil keputusan untuk membelanya.

Isteri saya ada memberi pandangan dimana orang islam tidak boleh membela anjing lebih-lebih lagi di rumah orang islam tetapi boleh membela anjing dikawasan kebun, ker menjaga penternakan ker dan sebagainya....
 

Dengan secara lembut "N" telah memberitahu bahawa orang islam tidak salah membela anjing dan dia telah pun merujuk kepada oarang yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan boleh membela anjing.

Saya ingin berkongsi pengalaman ini, dalam al-quran menyatakan anjing dan babi adalah bintang yang kotor dan haram bagi orang islam menyentuh, memakannya dan membelanya? Dalam ayat Nabi Sulaiman.
 

Saya minta ustaz2 yang diluar sana dapat memberikan ayat2 al-quran atau hadis untuk saya mengeluarkan fakta-fakta yang sahih bukan berdebat untuk membuka mindannya bahawa sebagai orang islam kita tidak boleh membela anjing dirumah.

 

Walahualam.
 

Sekian, Terima kasih.
  

Hussaini
0164404720


   ~ Sumber E Mail Sahabat 


.


0 Responses to "Pengikut aliran mazhab maliki bebas memelihara anjing?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors