RSS

Pengarah filem, jurugambar terkenal terbunuh di Misrata


Chris Hondros (kiri) dan Tim Hetherington terbunuh di Misrata, Libya semalam. — Foto ihsan msnbc.com


TRIPOLI, 21 April — Pengarah filem yang dicalonkan untuk menerima anugerah Oscar dan seorang jurugambar terbunuh ketika membuat liputan pertempuran antara puak pemberontak dan tentera kerajaan Libya di bandar Misrata semalam.

Dua jurugambar Barat juga dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Libya kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang mahukan pemimpin mereka Muammar Gaddafi melepaskan daripada menerajui negara utara Afrika itu.

Sementara kedua-dua puak pemberontak dan tentera yang menyokong Muammar bertempur, tentera perikatan dengan diketuai Nato juga melancarkan tindakan ketenteraan.

Tim Hetherington, kelahiran Britian, yang merupakan pengarah bersama dokumentari “Restrepo” tahun lalu mengenai keadaan askar Amerika Syarikat di  Afghanistan, telah terbunuh, kata jurucakapnya Johanna Ramos Boyer.

Chris Hondros, jurugambar bagi Getty Images yang berpejabat di  New York meninggal dunia lewat semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, demikian menurut pengarah fotografinya Pancho Bernasconi, dipetik portal berita msnbc.com hari ini.

Menurut doktor, dua lagi jurugambar dirawat kerana terdedah kepada serpihan peluru iaitu Guy Martin yang berkhidmat dengan agensi foto Panos dan Michael Christopher Brown dari New York.

Mayat kedua-dua Hetherington, 41, dan Hondros, 41, telah dibawa kelur dari Misrata ke Benghazi oleh Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi.

TMI  

.


0 Responses to "Pengarah filem, jurugambar terkenal terbunuh di Misrata"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors