Pengakuan Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa beliau masih menyokong perjuangan pembangkang di sebalik kritikan terbukanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengubah kecurigaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terhadap dirinya.

“Tindakannya bermotif politik untuk menjejaskan PR meskipun mendakwa dirinya tidak belot dan masih bersama kami,” katanya.
Mustafa berkata, PR tidak akan terjejas sama sekali dengan pendedahan itu dan terus komited untuk memastikan parti itu mendapat kepercayaan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
“Pendedahan Raja Petra menunjukkan beliau tidak konsisten dan tiada kredibiliti. Rakyat tidak akan mempercayainya lagi.
“Rakyat boleh menilai. Pendedahannya adalah untuk meraih simpati rakyat sewaktu PRN Sarawak berlangsung,” katanya.
Raja Petra mendakwa didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Katanya, kerjasama dengan TV3 jelas memperlihatkan Raja Petra bersekutu dengan UMNO.
“Pendedahan Raja Petra sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak juga jelas ia bermotif untuk jatuhkan PR untuk kepentingan BN.
“Tetapi rakyat bijak untuk menentukan kebenarannya,” katanya.
-SinarHarian
.
Post a Comment