Menurut Najib, peruntukkan itu diluluskan untuk menjadikan pasar berkenaan lebih selesa selain lengkap dengan sistem kamera litar tertutup.
Selain itu katanya, perkhidmatan jalur lebar tebuka tau WiFi juga disediakan bagi memastikan rakyat negeri itu tidak terkecuali dengan arus pembangunan yang lebih moden walaupun di pasar.
“Yang penting kita menjaga hak rakyat dan hargailah sumbangan daripada kerajaan pada pilihan raya negeri 16 April ini dengan menyokong calon Barisan Nasional (BN)iaitu Sih Hua Tong,” katanya kepada orang ramai yang penuh sesak, termasuk pengunjung yang menikmati sarapan.
Rata-rata keputusan itu disambut baik kira-kira 500 peniaga dan penjaja di pasar berkenaan yang selama ini menantikan pasar berkenaan dapat ditambahbaikan.
Kehadiran Najib ke pasar itu dimeriahkan dengan ribuan rakyat kawasan itu dimana masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan beliau serta diiringi laungan 1Malaysia sepanjang tinjauan pemimpin nombor satu negara itu di pasar dua tingkat, yang julung kali diadakan oleh seorang perdana menteri.
Dalam pada itu, Calon BN bagi Dun Batu Lintang, Sih Hua Tong memberitahu peruntukkan itu sudah jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN semeangnya prihatin dengan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Katanya, Perdana Menteri tanpa teragak-agak meluluskan peruntukkan tersebut selepas masalah yang diluahkan peniaga di pasar berkenaan kepada beliau.
“Kita bukan sekadar berjanji, sebaliknya kita akan menunaikannya… itulah prinsip Barisan Nasional,” tambah Sih kepada pemberita.
Najib, disertai Sih, calon BN daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi Batu Lintang, dan tiga lagi calon SUPP di kawasan Kuching, Alfred Yap (Kota Sentosa), Sim Kiang Chiok (Padungan) dan Prof Dr Sim Kui Hian (Pending) untuk menikmati hidangan laksa Sarawak dan mee kolok.
Post a Comment